Husam jawab ugutan bunuh, keahlian dalam PAS malam esok

Poster dialog Husam

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa akan menjawab dakwaan isterinya menerima ugutan bunuh dan apakah beliau akan kekal dalam PAS dalam sessi dialog beliau malam esok.

 

Dialog dengan Husam MusaBekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa akan menjawab dakwaan isterinya menerima ugutan bunuh dan apakah beliau akan kekal dalam PAS dalam sessi dialog beliau malam esok.

Husam ketika dihubungi berkata, beliau akan menjawab segala persoalan itu dalam sessi dialog yang bertajuk "Demo Tanya, Ambo Jawab" yang akan diadakan  di dewan Kelab Suara Muda, Kota Bharu mulai jam 9 malam.

Dialog itu juga akan disiarkan secara langsung melalui tv internet, Youtube.

Timbalan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub sebelum ini berkata, Husam memaklumkan kepada beliau bahawa isterinya, Datin Rohana Abd Rahman menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Dua hari lalu, menerusi panggilan telefon, beliau maklumkan bahawa isterinya menerima mesej berbaur ugutan bunuh.

"Beliau (Husam) berada di balai polis untuk membuat laporan polis," kata Salahuddin.

Melalui dialog ini juga, Husam akan menjawab saranan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfudz Mohamad agar beliau meninggalkan parti Islam itu selepas tidak seiringan dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Rakan-rakan beliau sudah tinggalkan PAS dan menubuhkan Amanah, Datuk Husam pun sama seperti rakan-rakannya, dia tewas dalam pemilihan dulu.

"Kalau tak puas hati dengan Tok Guru (Abdul Hadi Awang) atau PAS, sepatutnya beliau sama-sama keluarlah mengasaskan Amanah. Tapi (Husam) tak (pula) keluar. Saya pun tak tahu apa strateginya," katanya sebagaimana dilaporkan oleh satu laman web.

Husam sebelum ini mendakwa Hadi telah mengaku akan bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan di Selangor ketika krisis penukaran menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali.

Husam juga dalam temubual dengan portal berita The Malaysian Insider mencadangkan agar timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih tempat Hadi selaku presiden.

Ini kerana, banyak kenyataan yang dibuat Hadi seolah-olah 'buang tabiat' dan mengelirukan ahli PAS di seluruh negara termasuk di kawasan yang beliau ketuai iaitu Kubang Kerian, Kelantan.



PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: