Rasuah di Selangor, Rafizi bawa dalam mesyuarat PKR esok

Rafizi bawa kes rasuah di selangor ke mesyuarat PKRRafizi bawa kes rasuah di selangor ke mesyuarat PKR

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli akan mengemukakan bukti berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada mesyuarat PKR esok.

Rafizi berkata setiap kes berkaitan disiplin akan dibawa kepada biro disiplin parti dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.

"Saya akan menyerahkan segala bukti kepada beliau (presiden) dan kita akan menunggu perbincangan dalam parti sebelum membuat keputusan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan kononnya terdapat amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujud permintaan "untuk mendapatkan wanita" sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.

Rafizi dalam perbualan itu didakwa mengatakan menerima aduan bahawa selain wang yang diminta untuk urusan dengan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan wanita.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel