• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Dakwaan wujud rasuah wang, wanita: Rafizi perlu lapor ke SPRM

Rafizi RamliRafizi RamliSetiausaha Agung PKR Rafizi Ramli perlu membawa bukti berhubung dakwaan berlaku rasuah wang dan wanita dalam kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ,sebagaimana  diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik parti itu lewat malam tadi.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam mesyuarat itu telah membincangkan isu berkait perkara yang dibangkit  Rafizi dalam satu mesej WhatsApp beberapa hari lalu.

"Biro politik telah membuat ketetapan bahawa saudara Rafizi Ramli perlu membawa bukti-bukti yang ada pada beliau terus ke pihak SPRM.

"Pada masa yang sama, Biro Politik akan meneliti dakwaan tersebut dan sekiranya ia melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti," ujarnya dalam satu kenyataan rasmi parti itu lewat malam tadi.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan pada Isnin lalu, mahu mengemukakan bukti berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor berikutan pendedahannya mengenai satu perbualan aplikasi WhatsApp, yang mana mendakwa wujud permintaan "untuk mendapatkan wanita" sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.

"Saya akan menyerahkan segala bukti kepada beliau (presiden) dan kita akan menunggu perbincangan dalam parti sebelum membuat keputusan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," ujarnya dipetik ketika ditemui media di lobi Parlimen pada Isnin.

Sebelum itu pada 20 Mei Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas tuduhan amalan rasuah membabitkan pentadbiran kerajaan negeri itu kononnya “wujud permintaan perempuan" apabila berurusan dengan Kerajaan Negeri disiarkan oleh sebuah portal berita dan dikongsi menerusi media sosial.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR  dipetik berkata, ia merupakan satu tuduhan jijik yang tidak disokong oleh sebarang bukti. Ia juga satu kempen fitnah yang terancang terhadap kerajaan serta kakitangan awam di Selangor.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: