Abdul Hadi bentang usul Rang Undang-undang persendirian di Dewan Rakyat

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikerumuni media di lobi Parlimen  hari ini.- Foto oleh Wan Zahari Wan Salleh.Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikerumuni media di lobi Parlimen hari ini.- Foto oleh Wan Zahari Wan Salleh.Usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Notis usul rang undang-undang itu, yang dikemukakan Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Presiden Pas, tersenarai sebagai perkara ke-15 iaitu yang terakhir dalam aturan urusan mesyuarat.

Usul itu bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Abdul Hadi ketika membentangkan usul itu berkata ia bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Beliau berkata ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Beliau kemudian mencadangkan usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang di bawah peraturan mesyuarat 15 (5).

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata notis usul itu dikemukakan dua minggu lepas oleh Abdul Hadi.

Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata ini merupakan kali keempat sejak tahun lepas usul serupa berada dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat namun masih belum berkesempatan untuk dibahaskan.

"Pas konsisten untuk cuba bawa Rang Undang-undang Persendirian ini. Kalau tak berjaya hari ini kita akan bawa lagi, kalau ada rezeki dapatlah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: