Blok ketiga Pas-Ikatan bakal tamatkan dominasi angkuh, kata Nik Abduh

Pas Ikatan bakal membentuk blok ketiga yang berperanan besar kata ketua pemuda PasPas Ikatan bakal membentuk blok ketiga yang berperanan besar kata ketua pemuda Pas

Gandigan Pas-Ikatan bakal membentuk blok ketiga yang berperanan besar untuk menamatkan kebergantungan rakyat kepada satu pihak sehingga menjadikan pihak tersebut angkuh dengan mendominasi mereka.

"Agenda utama yang diperjuangkan oleh Pas-Ikatan ialah memulihkan negara, pemimpin dan rakyat, seterusnya menggerakkan agenda perubahan bagi membina Malaysia sejahtera berlandaskan politik matang," kata Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz ketika berucap di majlis perasmian Muktamar Pemuda di Kota Bharu semalam.

Menariknya kata beliau, gandingan Pas-Ikatan akan membetuk blok politik penting dalam politik tanah air.

Sejarah kata beliau telah menyaksikan detik persaudaraan di antara Pas sebagai sebuah parti Islam di Malaysia dengan Ikatan yang merupakan sebuah parti yang majmuk,

"Inilah keindahan siyasah Islam kerana membenarkan tahalluf dengan pihak yang tidak memusuhi Islam.

"Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain, atau parti lain, sehingga hilang prinsip dan jati diri kita, atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat, sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam," katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel