Rafizi failkan usul tergempar desak 1MDB lupus pengangan dalam Edra Energy

Rafizi Ramli kritik 1MDB

Ahli Parlimen Pandan dari PKR, Rafizi Ramli hari ini memfailkan usul tergempar mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membatalkan hasrat dan cadangan kerajaan persekutuan untuk membenarkan 1MDB melupuskan pegangannya di dalam Edra Global Energy Berhad sehingga 100 peratus kepada sebuah konsortium dari China dan Qatar.

Menurut Rafizi, perkara itu bertentangan dengan peraturan sedia ada yang membenarkan pegangan asing dalam mana-mana syarikat tenaga tempatan sehingga 49% sahaja.

Justeru beliau berharap usul itu dibahaskan Rabu ini.

"Dewan ini menggesa supaya Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membatalkan hasrat dan cadangan kerajaan persekutuan membenarkan 1MDB melupuskan pegangannya dalam Edra Global Energy Berhad sehingga 100% kepada pelabur asing seperti dirujuk dalam surat kebenaran bagi perkara sama daripada Suruhanjaya Tenaga kepada ketua setiausaha perbendaharaan bertarikh 11 September 2015," notis usul beliau dipetik.

Menurutnya, perbahasan itu perlu disegerakan kerana bidaan bagi membeli Edra baru sahaja ditutup pada 6 November lalu dan keputusannya dijangka diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel