Jangan terguris 'harumanis' Pas sokong Amanah di dua PRK

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh sebenar parti-parti bertanding.

Pucuk pimpinan tertinggi Pas diharap dapat menerima kecenderungan ahli-ahli parti itu yang menyokong Amanah  dengan penuh lapang dada, ujar Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh sebenar parti-parti bertanding.

Pucuk pimpinan tertinggi Pas diharap dapat menerima kecenderungan ahli-ahli parti itu yang menyokong Amanah  dengan penuh lapang dada, ujar Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin.

Shazni Munir Mohd IthninBeliau yang juga Penyelaras Jentera Induk Pemuda Amanah di Sungai Besar berkata, segala ugutan, tohmahan, kata-kata nista dan kejian kepada kelompok berkenaan harus dihindarkan dalam konteks politik matang dan sejahtera.

"Ini memandangkan mereka juga mempunyai anak-anak, ayah, ibu dan keluarga yang perlu dipelihara hati dan perasaan sebagai manusia biasa," jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengulas kehadiran secara terbuka pimpinan kawasan dan cawangan Pas Kawasan Sungai Besar dalam pelbagai program penerangan anjuran Amanah selepas calon Pas, Dr Rani Osman menghadiri majlis iftar Amanah, Selasa lalu.

Menurut Shazni, kehadiran mereka dilihat sebagai sokongan tidak langsung kelompok yang digelar 'harumanis' ini kepada parti diterajui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu itu.

"Politik seharusnya ditanggap sebagai salah satu daripada proses menentukan halatuju negara. Sebarang persengketaan berasaskan emosi, sentimen kepartian melampau dan ketaksuban membuta-tuli sewajarnya tidak berlaku dan wajib ditegah jika perlakuan-perlakuan jelek ini sedang bermaharajalela.

"Anggota setiap parti perlu ditertibkan dengan akal budi yang sihat dan tidak terjebak dengan pertelingkahan yang tidak membangun agama dan negara," ujarnya.

Sehubungan itu, Shazni mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh menggerakkan sokongan kepada calon Amanah dan Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil kali ini.

"Marilah sama-sama kita berdoa agar kemenangan bakal memihak kepada calon Amanah/ Pakatan Harapan. Pesanan buat seluruh jentera, usah berhenti hingga garis akhir perlumbaan. Terus bergerak dan maju," tegasnya lagi.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: