Cukup-cukuplah jual nama bapa, GKCM bidas Nik Abduh

Tun Dr Mahathir MohamadTun Dr Mahathir Mohamad

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz digesa berhenti 'menjual' nama arwah bapanya Datuk Nik Abdul Aziz untuk kelangsungan politik beliau.

Sebaliknya kata Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed, Ahli Parlimen Pas Pasir Mas itu perlu berdiri di atas kemampuan sendiri tanpa perlu menempel kepada kehebatan insan yang telah tiada.

“Pesan kami pada Nik Abduh, cari kekuatan sendiri bukan kekuatan arwah bapanya.

“Nasihat kami kepada Nik Abduh, zaman Tok Guru Nik Aziz sudah habis. Jika hendak dibandingkan dengan zaman ini, ibarat langit dan bumi,” katanya seperti dilapor FMT, hari ini.

Kenyataan Rushdan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap kenyataan Nik Abduh yang mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penaung GKCM sudah hilang taring dalam kempen membantu pembangkang pada dua pilihan raya kecil kelmarin.

Nik Abduh juga menggesa Tun Mahathir bertaubat dan kembali ke tikar sejadah dengan bertaubat sebenar-benarnya dan itulah perkara yang terbaik perlu dilakukannya di hujung hayat.

“Mana katanya Mahathir hilang taring? Semua pemimpin Pakatan Harapan mahukan Dr Mahathir.

"Ini kerana, mereka sendiri sanggup untuk melantik Dr Mahathir sebagai Ketua Pembangkang yang baharu,” petik portal itu lagi.

Memulang paku buah keras kepada Nik Abduh, Rushdan sebaliknya mahu pemimpin Pas itu bertaubat kerana bersekongkol dengan pemimpin yang tidak amanah dan tiada integriti.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel