YB Kuala Nerus akan bersama kita, kata timbalan menteri Umno

Asyraf umumkan Khairudin akan bersamanya

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ahli parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairudin Aman Razali akan bersama pihaknya tidak lama lagi.

Asyraf umumkan Khairudin akan bersamanya sambil tersenyum di Dewan Rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ahli parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairudin Aman Razali akan bersama pihaknya tidak lama lagi.

Ketika menolak untuk memberikan laluan kepada Khairudin dalam sessi penggulungan di Parlimen semalam, Asyraf berkata, Khairudin perlu sabar kerana beliau tidak mempunyai masa untuk memberikan laluan kepada beliau.

"Saya nak bagi sangat kepada YB Kuala Nerus, tetapi kerana masa diambil sudah terlalu panjang, saya ditegur oleh pengerusi.

"Apatah lagi YB Kuala Nerus akan bersama dengan kita," kata Asyraf ketika menolak permohonan Khairudin untuk bertanya soalan ketika beliau membuat penggulungan mengenai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Kenyataan Asyraf yang dibuat sambil tersenyum itu disambut oleh sorakan di kalangan ahli parlimen dan disambut oleh ahli parlimen Parit Buntar.

"Ini kenyataan nakal ni,"kata Datuk Dr Mujahid Yusof menjawab kenyataan Asyraf yang selama ini dikenali antara tokoh penghubung antara Umno dengan PAS.

Kenyataan Asyraf memberikan makna besar dalam politik Malaysia kerana Khairudin adalah antara tokoh yang dilihat rapat dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu mengadakan kerjasama dengan Umno.

Rakaman penggulungan dan pengumuman Dr Asyraf boleh dilihat di sini pada minit ke 6.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: