Malaysia bakal jadi sasaran pengganas jika kenyataan menghasut dibiar

Para penumpang meninggalkan terminal lapangan terbang Turki selepas serangan pengganas yang mengakibatkan 28 orang terbunuh.

Walaupun tiada sebarang serangan besar membabitkan pengganas di negara ini, namun Malaysia berpotensi menjadi sasaran pengganas berdasarkan perkembangan terkini dan kegagalan kerajaan mengambil tindakan tegas tehadap elemen-elemen yang boleh mencetuskan keganasan.

Para penumpang meninggalkan terminal lapangan terbang Turki selepas serangan pengganas yang mengakibatkan 28 orang terbunuh.

Walaupun tiada sebarang serangan besar membabitkan pengganas di negara ini, namun Malaysia berpotensi menjadi sasaran pengganas berdasarkan perkembangan terkini dan kegagalan kerajaan mengambil tindakan tegas tehadap elemen-elemen yang boleh mencetuskan keganasan.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Raja Bahrin Shah berkata, dengan akses besar melalui internet, keganasan boleh berlaku kepada mana-mana negara jika kerajaan tidak mengatasi tanda-tanda awalnya.

"Di Malaysia, kita telah diberi ancaman oleh IS (Daesh) baru-baru ini, (apabila) warga Malaysia bersiaran dari negara asing dengan panggilan kebencian dan pembunuhan. Juga baru-baru ini berlaku pembunuhan kejam seorang ahli politik, aktivis di Sarawak (Bill Sayong) dan serangan bom tangan di Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan.

Raja Bahrin turut menyentuh serangan bom yang telah mengorbankan banyak nyawa di Turki dan menegaskan pendirian Amanah mengutuk tindakan-tindakan ganas terutama yang memberi kesan kepada masyarakat bertamadun yang tidak bersalah.


Tindakan ganas ini, ujar beliau tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana negara bertamadun.

Khuatir dengan munculnya elemen keganasan di negara ini, Raja Bahrin memberi contoh kenyataan seorang pendakwah Islam dari utara Semenanjung yang mendakwa  menumpahkan darah (pengkhianat politik) adalah halal manakala Mufti Pahang pula mengkategorikan sebahagian segmen masyarakat negara ini sebagai 'kafir harbi' (golongan bukan Islam yang memusuhi Islam dan boleh diperangi).

"Ia adalah satu panggilan yang mengejutkan daripada Mufti yang dilantik oleh kerajaan," ujarnya.

Apa yang lebih mengejutkan, tambah beliau, kenyataan Mufti Pahang itu dipandang sepi kerajaan.

Beliau juga hairan apabila perdana menteri mempunyai masa mengutuk keganasan di Turki tetapi bisu terhadap panggilan menumpahkan darah di Malaysia.

"Salah satu panggilan datang daripada mufti negeri (asal) beliau sendiri. Di mana semua pemimpin kita dan para utusan yang sepatutnya melindungi negara daripada keganasan dan kacau bilau?" soalnya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel