• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Adakah 'gag order' diberikan untuk sekat debat Mustafa - Husam?

 

Debat Mustafa Husam umpama debat Husam dengan Hadi

Ekoran arahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan bahawa ahli PAS diberikan “gag order" daripada mengeluarkan kenyataan terbuka tentang isu kontroversi berkaitan parti, semua tertanya-tanya apakah ia juga meliputi cadangan debat antara Datuk Mustafa Ali dan Datuk Husam Musa.

Ini kerana, kenyataan Takiyudin ini dibuat melalui sidang media selepas Mustafa membuat pengumuman kesediaan beliau untuk berdebat dengan Husam mengenai tuduhan PAS mahu kerjasama dengan Umno yang dicadang akan diadakan di Kota Bharu.

Takiyuddin dalam sidang medianya hari ini memaklumkan, arahan itu dibuat susulan kenyataan berterusan daripada bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa.

Takiyuddin berkata, Jawatankuasa Pusat PAS akan bermesyuarat  24 November ini dan Husam akan dijemput bagi menjelaskan dakwaan beliau di hadapan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kami tidak mahu isu dalaman dibincangkan secara terbuka,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini yang dikatakan ditujukan kepada debat terbuka antara Mustafa dengan Husam.

Lidah rasmi PAS, Harakahdaily hari ini menyiarkan kenyataan Mustafa berhubung dengan debat beliau dengan Husam.

"Tajuknya ialah mengenai tuduhan beliau yang presiden PAS sejak PRU ke-12 tahun 2008 sudah berusaha membawa PAS bersatu dan bergabung dengan Umno.

"Tugas beliau ialah untuk membuktikan tuduhan tersebut. Tugas saya ialah sebaliknya," kata Mustafa dalam kenyataannya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: