• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Negara serantau disaran selesai bersama kemelut Islam Rohingya

Datuk Raja Kamarul Bahrin ShahDatuk Raja Kamarul Bahrin ShahSudah sampai masanya bagi negara-negara dirantau ini seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei bersuara lebih lantang lagi tentang isu penderitaan Muslim Rohingya di Myanmar, saran Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu, berkata sudah sampai masanya seorang pemimpin beragama Islam Negara Asean menjadi ketua dan menerajui gerakan selamatkan Umat Islam Rohingya. 

“Dengan menunjukkan solidariti yang padu serta semangat persaudaraan Islam, mudah-mudahan ia akan membawa kesan yang diharapkan untuk menyelesaikan kemelut yang sudah lama belarutan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata, amat malang apabila Presiden Myanmar, Aung San Suu Kyi, berdiam diri tanpa bersuara atas kekejaman yang berlaku ke atas orang Islam Rohingya di Myanmar kerana menjaga kepentingan politiknya.

“Apabila ditanya oleh media antarabangsa baru-baru ini tentang nasib Islam Rohingya, beliau tidak dapat menjawab dengan jelas pendirian beliau,” katanya.

Raja Baharian turut menegaskan, Malaysia dahulu pernah menjuarai isu-isu sebegini rupa dan disegani dunia serantau.

Namun katanya dalam masa yang sama Malaysia juga mestilah menunjuk contoh dan tauladan yang baik terhadap kaum minoriti di negara ini.

“Isu isu perkauman tempatan hendaklah diselesaikan dengan tegas dan baik.

“Mudah - mudahan nasib umat Islam yang dizalimi di rantau ini terbela dan Malaysia sekali lagi akan disegani oleh dunia dan negara rantau Asia.

"Masalah nasib Muslim Rohingya bukan masalah Myanmar sahaja, ia masalah dunia umat Islam yang bersaudara yang memerlukan perhatian dan tindakan saudara sesama Islam serantau.

"Marilah kita bersama menyahut cabaran yang memerlukan semangat dan kepimpinan secara Islam yang boleh dicontohi,” katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: