Nga bagi keterangan Isnin depan, DAP lapor polis peserta demonstrasi

Pemimpin utama DAP telah membuat laporan polis ekoran kejadian demontrasi Pemuda Umno dan  gerakan baju Meraah di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming akan dipanggil memberikan kenyataan di Bukit Aman pada Isnin minggu hadapan kerana kontroversi kartun berkaitan hari raya.

Katanya, beliau telah dihubungi pegawai penyiasat kes itu yang mahu beliau hadir ke ibu pejabat polis di Kuala Lumpur itu.

Nga dilapor berkata akan memberikan kerjasama penuh.

"Kami sentiasa sedia membantu (siasatan),” katanya.

Nga hari ini turut membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Ipoh kerana mendakwa menjadi mangsa fitnah dalam isu itu.

Nga menafikan melukis dan memuat naik kartun tersebut ke akaun Facebook beliau.

Semalam, terdapat protes melibatkan pemimpin Pemuda Umno dan kumpulan NGO Gerakan Baju Merah di hadapan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Mereka menuduh Nga tidak menghormati Islam dalam dua status Facebook pada hari raya puasa lalu, termasuk yang memaparkan kad hari raya maya dengan imej bendera Amerika Syarikat.

Dalam demonstrasi semalam keadaan kecoh apabila berlaku tolak menolak antara peserta himpunan dengan anggota polis.

Kumpulan itu turut melempar “duit neraka” ke arah bangunan parti itu. Dalam tradisi Cina, duit neraka dibakar sebagai persembahan kepada nenek moyang si mati.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: