Membentuk pakatan besar pembangkang amat perlu, kata Mujahid

Mujahid Yusuf Rawa

Parti Amanah Negara (Amanah)  berpandangan  amat perlu mewujudkan pakatan pembangkang yang lebih besar  dalam menangani peningkatan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Barisan Nasional (BN).

Datuk Dr Mujahid Yusuf RawaParti Amanah Negara (Amanah)  berpandangan  amat perlu mewujudkan pakatan pembangkang yang lebih besar  dalam menangani peningkatan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Barisan Nasional (BN).

Naib Presidennya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ia bukan sahaja soal Pakatan Harapan yang selama ini memimpin gerakan politik massa mengubah regim BN, tetapi juga kini disertai oleh kelompok yang berpecah dari Umno yang menuntut perubahan kerajaan.

"Termasuk dalam gelombang menolak BN ini ialah Gerakan Selamatkan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sudah tiba masanya semua tenaga ini digembelingkan untuk mobilisasi rakyat ke arah mengubah kerajaan BN kepada kuasa politik baharu yang dipimpin oleh pakatan pembangkang yang bersatu terdiri dari semua elemen yang mahukan perubahan politik lebih baik untuk Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini menegaskan beliau mengharapkan aset sokongan Pakatan Harapan dapat diperluaskan termasuk Sabah dan Sarawak.

"Lewat persefahaman yang bersifat strategik, teknikal dan taktikal bagi menghadapi BN dalam PRU ke 14 akan datang.

"Apa yang menjadi titik pertemuan perlu dibina momentum sehingga mampu pakatan besar pembangkang melahirkan satu manifesto bersama dengan satu tujuan iaitu Selamatkan Negara daripada kediktatoran dan korupsi.

"Saya amat yakin kekuatan Pakatan Harapan akan bertambah dengan kebersamaan berbagai pihak khususnya kelompok Umno yang berpecah untuk kita meneruskan usaha mengubah BN dan membina Malaysia dengan tawaran baru," ujarnya.

Semalam dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Dr Mahathir menyatakan perancangan untuk menubuhkan parti politik baharu dalam masa terdekat sebelum membentuk kerjasama dengan blok pembangkang sedia ada terutama dengan Pakatan Harapan untuk menentang Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: