Banjir: Orang angkuh Allah bayar tunai, kata Pas kepada DAP

Idris AhmadIdris AhmadPas menyifatkan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang adalah 'pembalasan tunai' daripada Allah di atas keangkuhan kerajaan DAP negeri itu yang lantang mengkritik Kelantan sebelum ini.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata banjir adalah ketentuan Allah yang mempunyai hikmah tersendiri dan tidak boleh menyalahkan kelemahan pentadbiran manusia semata-mata.

"Jangan pula apabila banjir di Kelantan ada orang angkuh menuduh Kelantan tidak pandai uruskan banjir seolah-olah macam tidak ada kerajaan. Inilah tuduhan angkuh kepada Kelantan ketika banjir di penghujung tahun 2014.


"Orang angkuh selalunya Allah balas secara "cash" untuk menyedarkan diri dan supaya jangan celupar dan angkuh. Sifat angkuh semua agama dan bangsa tidak boleh terima," coretnya di facebook.


Ianya sebagai reaksi balas terhadap kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Pulau Pinang sejak semalam ekoran hujan lebat.

Kawasan terlibat termasuk Bayan Lepas, Batu Maung, Relau dan Teluk Bahang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Disember 2004 lalu Kelantan ditenggelami air hampir ke semua kawasan di negeri itu yang disifatkan antara terburuk dalam sejarah negara.

Paling terjejas teruk di daerah Kuala Krai dan Gua Musang yang menyaksikan ratusan hilang tempat tinggal dan kemusnahan infrastruktur sehingga daerah itu dikatakan lumpuh sepenuhnya.

Kerajaan DAP Pulau Pinang antara negeri terawal menghulurkan bantuan kepada Kelantan dengan sejumlah RM1.15 juta kepada wakil kerajaan negeri.

Guang Eng dalam satu kenyataan ketika mengulas isu banjir di negeri itu turut menegur kerajaan Pas Kelantan yang disifatkan lemah dalam menguruskan banjir di negeri itu.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel