• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Bersatu mahu pendaftar pertubuhan segerakan kelulusan

Muhyiddin  hari ini menghantar pendaftaran parti baharunya di pejabat pendaftara pertubuhan di Putrajaya.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Muhyiddin hari ini menghantar pendaftaran parti baharunya di pejabat pendaftara pertubuhan di Putrajaya.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terbuka kepada  melayu dan bumiputera,  kini secara rasmi dihantar untuk pendaftaran ke Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat pertubuhan itu hari ini.

Muhyiddin selaku Pengerusi jawatankuasa protem berkata, beliau mengharapkan usaha untuk mendaftarkan parti baharu itu akan mendapat pertimbangan dan kelulusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada RoS yang telah memberi kerjasama kepada saya dan AJK penaja Bersatu yang hadir hari ini.

"Selaras dengan jaminan yang diberikan oleh Zahid bahawa permohonan kami akan diberikan pertimbangan dan diluluskan.

"Saya berharap parti Bersatu ini dapat kelulusan segera daripada pendaftar pertubuhan," ujarnya dalam sidang media diadakan.

Muhyiddin berkata, parti baharu ini bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dan seluruh rakyat termasuk parti politik yang mempunyai hala tuju yang sama dengan penubuhan parti Bersatu itu.

"Kita sanggup bekerjasama dengan parti politik dan badan bukan kerajaan yang mempunyai prinsip dan matlamat perjuangan sama.

"Bersatu terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berstatus Melayu dan Bumiputera, orang Asli dan anak negeri Sabah, Sarawak
seperti yang ditakrifkan dalam perlembagaan negeri dan negara," ujarnya.

Ditanya sokongan ahli parti Bersatu, Muhyiddin menegaskan parti baharu ini tidak semata-mata mengharapkan sokongan ahli Umno sahaja.

"Saya tidak mengharapkan sokongan dalam Umno (ahli Umno). Saya faham di kalangan ahli mahupun bekas ahli Umno ramai menunjukkan minat mereka. Tetapi tidak bersedia katakan secara terbuka. Kita bagi ruang baru bukan sahaja kepada ahli Umno malah kepada sesiapa sahaja," jelasnya.

Muhyiddin ketika diajukan pertanyaan tidak menafikan perlu mengadakan perbincangan dengan parti-parti pembangkang yang sebelum ini mengharapkan tertubuhnya parti baharu.

"Secara tidak rasmi sebelum penubuhan parti kita dapatkan pandangan pelbagai pihak. Ia berdasarkan kepada perbincangan beberapa parti lain yang agak positif.

" Kita harap selepas didaftarkan ditubuh secara sah boleh diadakan perbincangan langsung untuk mewujudkan satu kerjasama yang agak mampan bagi mencapai matlamat bersama selamatkan negara.

"Bagi saya kemungkinan kita tidak mampu berjuang sendirian, sebagai satu pertubuhan parti baharu ia perlu hubungan kerjasama dengan parti-parti lain," ujarnya.

Draf Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) antara lain mengariskan beberapa hala tuju parti itu.

Antaranya terbuka kepada semua warganegara Malaysia sebagai ahli dan ahli bersekutu.

Ia sebuah pertubuhan bersifat inklusif, dinamik, progresif dan mempunyai agenda reformasi dan keadilan yang menyeluruh untuk memelihara hak dan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama untuk menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran.

Beberapa tujuan dan matlamat asas parti ini ditubuhkan iaitu untuk perjuangkan hak semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama secara adil dan saksama, reformasi institusi menyeluruh untuk wujudkan kerajaan bersih, amanah dan berintegriti.

Matlamat Bersatu adalah untuk menegakkan Islam sebagai agama persekutuan, menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama maisng-masing secara aman dan harmoni, pertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak yang sah untuk semua kaum.

Memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selain bahasa ibunda kaum lain. Memelihara hak asasi rakyat sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjunjung nilai keadilan sejagat selari dengan agama Islam.

Melakukan reformasi institusi menyeluruh dan perkasa agenda perangi rasuah dan salah guna kuasa, tadbir urus yang baik, perjuangkan keadilan sosial, agihan kekayaan negara secara adil dan saksama, hak mendapatkan pendidikan berkualiti, perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan negara, wujudkan penyatuan rakyat Malaysia untuk menyelamatkan Malaysia.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel