• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Pas sedia bekerjasama dengan Bersatu tidak DAP, Amanah

Datuk Mohd Amar Nik AbdullahDatuk Mohd Amar Nik AbdullahPas sedia membuka ruang perbincangan dengan parti yang ingin bekerjasama dengannya, kecuali DAP dan Amanah yang disifatkannya pengkhianat parti itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tawaran itu juga terbuka kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilaporkan sedang mengintai kerusi pembangkang untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menjelaskan pendirian PAS terhadap DAP dan Amanah, Mohd Amar berkata: “Pendirian ini jelas kerana DAP jelaskan sikapnya yang anti PAS dan terbaharu jawatankuasa pemudanya juga menyatakan kalau ingin berkawan dengan DAP, jangan cakap pasal Islam.

“Mana boleh Pas sebagai parti Islam berbuat demikian…takkan kita nak korbankan perjuangan parti kita. Amanah pula sudah jelas adalah pengkhianat kepada parti (PAS)…kalau (parti) yang lain boleh dibincangkan,” katanya selepas Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Ke-18 di Balai Islam, Lundang,semalam.

Konvokesyen itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Kenyataan Mohd Amar itu sebagai mengulas kenyataan Presiden penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berhasrat mengadakan rundingan pembahagian kerusi pembangkang, sebaik pendaftaran parti itu diluluskan Pendaftar Pertubuhan.
Mohd Amar berkata, setakat ini tiada sebarang rundingan rasmi diadakan antara Pas dan Bersatu berhubung perkara itu.

“Lagipun perkara ini perlu dibincang di peringkat parti. Kita kena rujuk kepada jawatankuasa Pas pusat,” katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel