Bapa Adun DAP rasuah: DAP perlu buktikan ketelusan

Datuk Seri Reezal Merican Naina MericanDatuk Seri Reezal Merican Naina MericanDAP perlu membuktikan parti itu menjunjung prinsip ketelusan apabila berhadapan dengan kemelut rasuah pembelian rumah kos rendah di negeri ini yang membabitkan ahli keluarga dan wakil rakyatnya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, rakyat negeri ini berasa 'hairan' apabila DAP memutuskan tidak akan membuka kertas siasatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Lim Siew Khim berhubung isu berkenaan.

Ini kerana, tambah beliau, DAP sebelum ini begitu ghairah membuat pelbagai tohmahan kepada parti lain termasuk Umno sekiranya ada isu korupsi namun berdiam diri apabila membabitkan wakil rakyat sendiri.

“Dalam Umno jika ada masalah seperti ini dibangkitkan, siasatan akan dilakukan termasuklah dalam kes seorang bekas Menteri dituduh di mahkamah manakala bekas Menteri Besar,” katanya seperti dilapor Utusanonline.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Parlimen Kepala Batas di hari ini.

Isu ‘duit kopi’ untuk mendapatkan rumah kos rendah itu mula terbongkar apabila Naib Pengerusi Gerakan Negeri, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan perbincangan mengenai pembayaran mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Perbualan dalam video itu menunjukkan rakaman dibuat tahun lalu dengan bapa ADUN DAP berkenaan, Lim Keat Siong dilihat sedang melayan aduan individu dipercayai telah mem­buat pembaya­ran namun tidak men­dapat rumah tersebut.

Ekoran itu, Keat Siong direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama seminggu untuk membantu siasatan.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: