• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Pemuda Amanah kunjungi pejabat Mufti Wilayah, yakin dialog jalan penyelesaian

Pemuda Amanah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap Mufti Wilayah Persekutuan atas pandangan beliau terhadap usul pindaan Akta 355Pemuda Amanah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap Mufti Wilayah Persekutuan atas pandangan beliau terhadap usul pindaan Akta 355

Pemuda Amanah berpendirian bahawa jalan dialog merupakan langkah terbaik untuk memahami konteks sebenar pandangan yang telah dikemukakan pihak mufti.

Ketua Pemuda Nasional, Sany Hamzan berkata, bagi tujuan itu satu pertemuan akan diaturkan melibatkan Pemuda Amanah dan Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan pandangan Mufti tentang pembentangan RUU 355.

"Pemuda Amanah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap Mufti Wilayah Persekutuan atas pandangan beliau terhadap usul pindaan Akta 355 yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Marang dalam sidang Parlimen baru-baru ini," katanya.

Bagi pihak pemuda katanya, usaha memperkasakan perundangan syariah ini biarlah benar-benar bebas daripada percaturan politik pemerintah.

"Semoga pertemuan ini terealisasi dan beroleh hikmah sebagaimana yang dihasratkan," katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel