Jaminan Najib yuran universiti tak naik satu tragedi, kata PAS

Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim Tuan Man

Jaminan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tidak menaikkan yuran universiti sebenarnya satu tragedi untuk menutup pelbagai kenaikan yang lain di negara ini, kata PAS.

Timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, para pelajar di kota kini berdepan dengan kenaikan harga buku, harga pengangkutan awam, harga makan dan kenaikan saman di sekitar universiti.

"Kenyataan Najib itu memperlihatkan bahawa beliau kini terpisah daripada realiti kesusahan rakyat bawahan dan pelajar marhaen," katanya.

Pengumuman tidak menaikkan yuran universiti oleh Najib baru-baru ini, tidak dapat menutup penarikan pelbagai subsidi daripada rakyat, katanya.

"Semua yang dijanjikan sehingga kini tidak berlaku. GST tidak mengurangkan harga barangan. Pengurangan subsidi juga tidak mengurangkan hutang negara yang kini mencecah RM623.3 bilion," katanya.

Katanya, dakwaan Menteri BN yang mengatakan Malaysia tidak akan bankrap, tapi jika BN terus memerintah nescaya ramai rakyat dan pelajar yang bankrap sebelum masanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: