PAS, Umno perlu cari persamaan untuk kerjasama, kata Dr M

Tun Dr Mahathir tiba di majlis amanat beliau

PAS dan Umno perlu mempunyai persamaan dari sudut perjuangan mereka jika ingin bekerjasama, kata bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohammad.

Beliau berkata, jika kedua-dua parti ingin bekerjasama tanpa perjuangan yang jelas, ia sukar untuk dilaksanakan.

Orang ramai di majlis amanat Mahathir"Kalau nak kerjasama kena ada persamaan secara umum tentang apa dia perjuangan PAS dengan Umno. Cuma nak bekerjasama sahaja saya ingat susah sikitlah melainkan ada pakatan dalam pilihan raya," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai tawaran terbuka presiden Umno Datuk Sri Najib Razak kepada PAS untuk menjalinkan kerjasama.

Najib membuat tawaran itu dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Tun Mahathir turut mengakui, Umno sudah lama bercita-cita untuk bekerjasana namun hasrat itu tidak dapat diteruskan kerana pendekatan berbeza kedua-dua parti itu.

"Itu cita-cita Umno dah lama. PAS ni dulu ulama Umno, asalnya daripada Umno tinggal lagi dia punya pendekatan tidak dipersetujui oleh Umno,  banyaklah macam kafir-mengkafir apa semua itu kita tak boleh terima," katanya.

Tun Mahathir hari ini menghadiri majlis yang dianjurkan sebuah cawangan Umno Kedah di Muzium Kesenian Islam di ibu kota.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel