ECRL: Tak bawa masuk pelaburan kata kita gagal, bawa masuk kata kita gadai

ECRL Projek landasan kereta api ini akan menghubungkan Kuala   Lumpur dan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang hingga ke Tumpat   sejauh 600km  dengan pelaburan bernilai RM55bbilion.

"Kalau kita tak bawa masuk pelaburan mereka kata kita gagal,bila kita bawa masuk pelaburan mereka kata kita gadai," itu reaksi  Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika menjawab pertanyaan berkaitan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)  dalam program bual bicara, Soal Jawab Khas Sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di TV3 malam tadi.

ECRL Projek landasan kereta api ini akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang hingga ke Tumpat sejauh 600km dengan pelaburan bernilai RM55bilion.

"Selama ini tidak timbul..apa beza pelaburan dari Eropah,Jepun dan China...bila ada penjanaan ekonomi ada peluang perniagaan ada syarikat yang boleh memperolehi kerja sub kontrak dan kelas F, kita akan tentukan 'local content' yang sesuai peratusannya.

"Jangan kita makan dakyah sebegitu tak masuk dalam aliran pemikiran rasional.

"Apa yang menarik minat masyarakat Malaysia keretapi ECRL ramai melihat RM55 bilion itu terlalu mahal.

"Itu tak betul. Mereka kena sedar tiap satu projek ada keunikan dari segi topografi mungkin jika kita perlu buat terowong atau laluan di kawasan paya pasti ia perlu kos tambahan," ujarnya.

Pada program Soal Jawab Khas yang disiarkan kira-kira sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Najib menjelaskan kerajaan akan buat penilaian berasaskan projek.

 "Kita akan pastikan harganya nanti harga yang kita boleh pertahankan 'value for money'...jika kita lihat kewangan di Exim Bank of China dengan termanya cukup menarik kerana projek ini dilihat sebagai projek meransang ekonomi negara.

"Bila terlaksa ECRL ekonomi Pantai Timur berkembang 1.5 % daripada KDNK bagi tiga negeri terlibat apabila ada berhubung dengan pelabuhaan Kelang dapat laksanakan lebih banyak kegiatan ekonomi yang dapat dirangsangkan.

"Kita perlu 'connectivity' kita tidak boleh buka kawasan di pantai barat sahaja kerana kawasan ini (Pantai Timur) untuk mengimbangi
perkembangan ekonomi. ECRL akan merapatkan jurang Pantai Barat dan Pantai Timur," ujarnya.

Tun Dr Mahathir dan Pakatan Pembangkang

Najib juga berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang mempunyai 'super ego'.

"Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya," katanya apabila ditanya mengenai kewujudan PPBMsebagai sebuah parti yang memberikan tentangan terhadap Umno-BN.

Najib yang juga Presiden Umno berkata usaha Dr Mahathir menjatuhkan beliau menerusi Deklarasi Rakyat juga tidak berhasil kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Sehubungan itu, Najib berkata Dr Mahathir tidak mempunyai pilihan selain daripada menyerangnya.

"Waktu Dr Mahathir jadi Presiden Umno, orang yang sama duduk keliling dia hari ini mengata dia lagi teruk sebenarnya. Kalau kita tengok balik 'tape-tape', video lama mereka mengutuk Dr Mahathir lagi dahsyat.

"Ini proses politik, mainan politik. Jadi sekarang ini dia tak berjaya dia akan jadi lebih agresif lagilah dengan kata-kata dan sebagainya," kata Najib.

Ketika diminta berkongsi rahsia menghadapi pelbagai kecaman dengan tenang, Najib berkata: "Saya dah faham dengan pemimpin seperti Dr Mahathir, kaedah dan mesej yang beliau gunakan."

Selain itu, Najib berkata sokongan padu daripada ahli parti selain Ahli  Parlimen Barisan Nasional (BN) juga merupakan antara faktor beliau terus bertahan.

"Saya lihat parti Pas pun tak bersama dengan dia. Dalam pembentangan Bajet 2017, Pas tidak menyokong Pakatan Harapan menolak bajet.

"Kita ada dua pilihan sama ada BN yang diketuai Umno atau Pakatan Harapan yang tunjangnya adalah DAP," katanya.

Datuk Seri Mohd Najib Razak (kiri) ketika menjawab pelbagai isu sempena perhimpunan Agung Umno 2016  dalam program bual bicara Soal Jawab Khas yang disiarkan malam tadi.

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel