Wala' buta tuli Najib perbudak-budakkan ahli

Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar Wala’ (kesetiaan) tidak boleh melahirkan pengikut dan pemimpin tidak boleh memperbudak-budakkan ahli, sebaliknya wala’ semestinya melahirkan orang yang berfikir dan taat dalam keadaan ia faham dan jelas, bukan membuta tuli.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam Perhimpunaan Agung 2016 baru-baru ini, dakwanya seolah-olah memeras ugut ahli parti supaya berwala' kepada pemimpin secara membuta tuli yang akan membawa kepada kehancuraan masa depan negara.

"Sesuatu yang pelik bila pemimpin dan kepimpinan meminta disetia dan ditaati oleh semua, berbanding ulamak dan pemimpin dahulu dengan amalperbuatan,percakapan,kejujuran dan keikhlasan diri yang membuatkan mereka diberikan kesetiaan.

"Di Persidangan Agung Umno Najib memeras ugut orang yang tidak berwala' kepadanya sebagai pengkhianat dan sebagainya kerana dia adalah khalifah.

"Dalam kontek parti, Khalifah itu adalah Presiden dan dalam kontek negara Khalifah itu adalah Perdana Menteri walaupun seorang yang mengamalkan 'Kleptokrasi'.

"Umno sebagai pertubuhan berdaftar kini sudah bertukar pendekatan menjadi seperti kumpulan 'kongsi gelap,gengster dan mafia' yang menjalankan kegiatan haram yang juga memaksa ahli kumpulannya setia bersama ketua kumpulan.

"Seperti ahli kumpulan Mafia yang belot atau kianat ( tak wala') kepada ketua dan kumpulan akan dihapuskan," ujar beliau memberikan analogi.

Dalam erti kata sebenar Mahfuz menerangkan Wala' sebagai istilah agama disalah guna untuk melindungi jenayah curi rasuah sang pemimpin.

"Ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan yang tidak melanggar syarak dan bukannya ketaatan yang membuta tuli tanpa pengetahuan dan usul periksa.

"Tahniah Najib menjadikan Wala' melindungi diri.

"Sesuatu yang pelik bila pemimpin dan kepimpinan meminta disetia dan ditaati oleh semua berbanding ulamak dan pemimpin dahulu dengan amal perbuatan,percakapan,kejujuran dan keikhlasan diri yang membuatkan mereka diberikan kesetiaan,' ujarnya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel