• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Rohingya: Perwakilan mahu Amanah hantar nota bantahan kepada duta Myanmar

Perwakilan Amanah Tanjung Piai Mohammad Najib Daud Perwakilan Amanah Tanjung Piai Mohammad Najib Daud

Usul berkaitan pembersihan etnik Rohingya di Myanmar yang dikemukakan Amanah Tanjung Piai diluluskan dengan sedikit pindaan di Konvensyen Amanah Nasional hari ini.

Perwakilan Amanah Tanjung Piai, Mohammad Najib Daud ketika membacakan usul tersebut berkata, bagi menyatakan solidariti dan tanda persaudaraaan sesama Islam, Amanah kawasan Tanjung Piai mengusulkan kepada Amanah menghantar nota bantahan terhadap kedutaan Myanmar di Malaysia dan Duta Malaysia ke Myanmar agar menghentikan segera kekejaman ke atas etnik Rohingya.

"Amanah juga harus mendesak pihak kerajaan Malaysia bertindak tegas termasuk memutuskan hubungan diplomatik ke atas Myanmar sekiranya tindakan penghapusan etnik oleh tentera ini masih berlaku," katanya.

Bagaimanapun, perwakilan Pemuda Amanah Nasional Muhammad Najib Abdul Rahim memohon usul itu dipinda sedikit dengan meluaskan bantahan ke atas Myanmar merentasi sempadan agama.

"Isu etnik Rohingya ini bukan isu agama semata-mata tetapi isu kemanusiaan. Jadi Amanah harus memperjuangkan isu ini merentasi sempadan agam tetapi lebih kepada isu kemanusiaan," katanya.

Amanah Tanjung Piai turut menggesa wakil rakyat Amanah di Dewan Rakyat mencadangkan satu Sidang Khas Parlimen untuk membahaskan isu kekejaman ke atas muslim Rohingya di Dewan Rakyat.

"Wakil rakyat Amanh juga mesti mendesak kerajaan membekukan hubungan diplomatik dengan Myanmar dan menarik balik duta Malaysia ke Myanmar," katanya.

Pada 24 November lalu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mengemukakan usul berhubung isu ini di parlimen.

Beberapa wakil Pembangkang dari Amanah, PKR dan DAP telah mendesak untuk Speaker membenarkan isu ini dibahaskan tetapi ditolak.

Tiada ahli Parlimen Umno-BN atau Pas bersuara menyokong usul tersebut dibenarkan untuk dibahas.

Alasan Speaker menolak usul tersebut adalah kerana tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal negara lain.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel