Dr Zakir bebas ke Malaysia, kata Timbalan Menteri

Dr Zakir NaikDr Zakir NaikPendakwah kontroversi Dr Zakir Naik bebas memasuki Malaysia kerana nama beliau tidak tersenarai sebagai pengganas yang dikehendaki di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Dr Zakir pemilik rangkaian televisyen internet sendiri telah datang ke sebuah universiti Islam di Shah Alam minggu lalu, yang juga sedang di siasat selepas dua pelajar universit swasta itu disyaki terbabit dalam gerakan IS merancang keganasan di dalam negara.

"Dia bebas untuk melakukan sebarang perjalanan. Dia tidak di Senarai sebagai pengganas di sini, " ujarnya ketika ditanya Malay Mail, bagaimana Dr Zakir dibenarkan masuk ke Malaysia, walaupun namanya tersenarai sebagai penganas di negara asalnya, India.

Dr Zakir sebelum ini dilaporkan oleh beberapa akhbar India kini menjadi pelarian untuk mengelakkan pendakwaan ke atasnya diIndia.

Pendakwah Salafi ini juga telah diharamkan berkunjung ke beberapa negara seperti Bangladesh, Kanada dan United Kingdom.

Dr Zakir, yang pernah dianugerahkan penerima Tokoh Maal Hijrah 2013, melawat kampus Universiti Antarabangsa Al Madinah pada 14 Disember lalu dan telah diberikan sambutan meriah oleh pihak pengurusa universiti itu.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel