PAS minta mereka yang tidak dijemput berucap di multaqa jangan cemburu

Hadi dan Najib di Multaqa

PAS meminta mereka yang tidak dijemput untuk memberikan ucapan di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia tidak cemburu dan irihati kepada presiden PAS yang dijemput berucap di majlis itu.

Hadi dan Najib sedondon di Multaqa Alumni Al Azhar.

 

PAS meminta mereka yang tidak dijemput untuk memberikan ucapan di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia tidak cemburu dan irihati kepada presiden PAS yang dijemput berucap di majlis itu.

"Kita yang tidak dijemput, jangan cemburu dan irihati apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang bersahaja dan ilmiah yang memukau siapa yang mendengar," kata naib presiden PAS, Idris Ahmad ketika mengulas penyertaan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke majlis itu.

Bagi Idris, kehadiran Abd Hadi di pentas Multaqa Alumni Timur Tengah pada 17 Disember 2015, merupakan satu peristiwa yang bersejarah.

Idris Ahmad ... jangan cemburu."Datang dengan prinsip, berucap dengan prinsip, menampilkan diri dengan prinsip," kata Idris dalam satu kenyataannya.

Katanya, walau pun mereka tahu penganjur ada agenda tersendiri, tetapi Presiden PAS datang dengan penuh kesedaran dan untuk memikul tanggungjawab ummah di negara ini.

"Berucap bukan dengan skrip yang diatur, bukan diikat dengan syarat seperti kebanyakan penceramah yang muncul di kaca televisyen, tetapi berucap dengan penuh yakin untuk mengambil peluang di atas pentas yang disediakan," katanya.

Bagi Idris, ucapan yang diberikan Abdul Hadi "penuh bermakna memberi motivasi tentang peranan Islam untuk menjadi teras perpaduan serta memberi kritikan terhadap ideologi ciptaan manusia yang telah gagal membahagiakan manusia."

"Bagi mereka yang cemburu kepada kehadiran Tuan Guru Presiden di pentas Multaqa, mengharapkan Tuan Guru Presiden PAS menerima pelawaan Datuk Seri Najib untuk bersama dengan Umno.

"Tiba-tiba berlaku sebaliknya. Oleh kerana tidak ada modal untuk belasah Tuan Guru, maka baju sedondong yang dijadikan hujah, untuk memburukkan Tuan Guru Presiden. Saya cukup simpati dengan golongan ini," kata ahli parlimen Bukit Gantang itu.

Dahulu, katanya,  mereka fitnah UG (unity government) yang dilontarkan oleh Presiden PAS kononnya untuk bekerjasama antara PAS dan Umno, walau pun diterangkan bahawa UG ialah antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional untuk mengislahkan negara demi kepentingan rakyat.

"Dengan taqdir Allah SWT, idea Konsensus Nasional oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan  cadangan Save Malaysia oleh Yb Lim Kit Siang yang bermatlamat untuk meletakkan kepentingan negara dan rakyat.

"Yang paling menarik pemfitnah ini mengatakan UG  berbeza dengan KN dan SM. Jawapan saya, ikan temenong dan ikan kembung  sama sahaja, cuma istilah sahaja berbeza. Mereka tidak sokong UG kerana idea ini datang daripada Presiden Pas, kalau daripada orang lain, sebelum cadang sudah disokong," katanya.

Bagi beliau, pemfitnah kepada presiden PAS tetap dengan kerja mereka, manakala Tuan Guru Hj Hadi pula dengan kerja beliau.

"Pemfitnah dan pengadu domba akan mati akal dan menunggu hari untuk bertemu Allah SWT.  Pepatah cina ada menyebut emas yang tulin, lagi kuat dibakar, lagi berkualiti emas tersebut," katanya.



PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: