• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Persenda agama bukan Islam, PMBK diminta bertindak

Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary meminta orang ramai menghentikan perbuatan menyebar status mempersendakan sembahan agama lain Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary meminta orang ramai menghentikan perbuatan menyebar status mempersendakan sembahan agama lain

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) diminta mengambil tindakan tatatertib ke atas seorang pegawainya pegawainya kerana membuat kenyataan bersifatmenghina agama bukan Islam melalui status facebooknya.

Zamakhshari Muhamad dalam status facebooknya menulis "Update banjir! Banjir di Kelate... Tumpat bunyi kaba naik air doh jugok. Ado ore oyt
kita sakni Patung siam hok dok tidor tu bangun doh sbb air masuk dale telingo" (Update banjir! Banjir di Kelantan...Tumpat dengar khabar air naik juga. Ada orang beritahu Patung Siam yang tidur tu dah bangun sebab air masuk dalam telinga).

Naib pengerusi parti Amanah negara (Amanah) Kelantan Che Ibrahim Mohamed berkata tindakan itu telah mencetuskan kegelisahan kaum dan agama.

"Islam melarang keras umatnya menghina sembahan agama lain kerana setiap perbuatan mereka dianggap baik bagi mereka.

"Perbuatan menghina, memperli atau memperolok-olokkan sembahan agama lain boleh menimbulkan ketegangan kaum dan kegelisahan
masyarakat," katanya.

Dalam perkembangan lain persatuan masyarakat Thai Kelantan dikatakan telah membuat laporan polis terhadap status yang dianggap menghina agama Buddha berkenaan.

Sementara itu ahli parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary turut meminta perbuatan menyebar status mempersendakan sembahan agama lain seperti itu dihentikan. 

"Cermatlah sahabat, jangan lagi sebarkan cerita jenaka banjir di Tumpat.

"Hormat-menghormatilah walaupun berbeza agama.

"Islam melarang kita mempersendakan sembahan agama lain walaupun dengan niat sekadar lawak dan seloka, kelak kalau mereka membalas semula dengan mempersendakan Allah, maka kita yang menanggung dosanya," katanya dalam status facebooknya semalam.

Beliau memetik ayat Al Quran dari surah Al-An'aam yang bermaksud " Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.

"Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan". (Al-An'aam 108).

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel