• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Mangsa banjir sebak terima kunjungan Amanah

Naib Presiden Amanah Hasanuddin Yunus menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Rantau Panjang Naib Presiden Amanah Hasanuddin Yunus menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Rantau Panjang

Situasi sukar yang dihadapi mangsa-mangsa banjir di Rantau Panjang dan sekitarnya tergambar jelas ketika dilawati naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Hasanuddin Yunus.

Mereka semua tahu banjir di kawasan itu akan mengambil masa yang lama sehingga dua minggu atau lebih.

"Inilah sebab utama mengapa ramai di antara kami tidak mahu pergi ke pusat pemindahan," kata seorang mangsa yang dikunjungi Hasanuddin.

Hasanuddin menaiki bot dalam misi bantuan banjir di Rantau PanjangHasanuddin menaiki bot dalam misi bantuan banjir di Rantau PanjangBeliau yang mengambil masa dari selepas zohor hingga maghrib dalam misi bantuan banjir terkejut apabila mendapati begitu ramai penduduk yang tidak berpindah dan mereka tidak mendapat sebarang bantuan.

"Bekalan barangan asas seperti minyak masak, gandum dan gula pula begitu sukar didapati kerana di kawasan sempadan kawalan begitu ketat bagi mencegah penyeludupan.

"Bagi pihak Amanah, saya amat berharap para penyumbang terus membantu pasukan banjir yang telah ditubuhkan Amanah Kelantan," katanya.

Beliau bagaimanapun amat berpuas hati dengan operasi bilik gerakan banjir Amanah yang berpusat di Padang Licin yang bekerja sejak hari pertama berlaku banjir tahun ini.

"Semua unit parti daripada sayap wanita, pemuda dan pimpinan negeri jelas bekerjasama dengan baik dan kerja-kerja bantuan begitu lancar sekali.

"Saya amat gembira melihat sebaik barang-barang sumbangan orang ramai terus diperoses sebaik tiba oleh sukarelawan dari orang muda dan wanita.

"Dalam masa tak sampai satu jam unit-unit menyampaikan bantuan boleh bergerak untuk disampaikan kepada mangsa banjir," katanya.

Selepas mengalami sendiri bertemu mangsa banjir, beliau berkata sukarelawan dan pimpinan yang mendapat pengalaman seperti ini amat berharga sekali.Amanah mengagihkan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir hasil sumbangan orang ramaiAmanah mengagihkan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir hasil sumbangan orang ramai

"Barulah kita tahu betapa daifnya kehidupan masyarakat bawahan dan mereka amat memerlukan bantuan.

"Seorang warga emas yang saya temui yang kelihatan amat letih mulanya ceria menyambut kami seperti terkejut bila ada yang beritahu yang datang ni naib presiden parti Amanah.

"Bila saya minta beliau doakan kesejahteraan parti Amanah, beliau terus tunduk sebak dan mengangkat tangan berdoa dan kelihatan menangis teresak-esak," katanya.

Hasanudin turut menyertai mesyuarat penuh pejabat operasi banjir Amanah Kelantan di Wisma Tok Guru dan menyampaikan kuliah Jumaat di tempat yang sama.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel