4,695 mangsa banjir di Kelantan masih di pusat pemindahan

14 pusat pemindahan masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di jajahan Tumpat dan Pasir Mas

Jumlah mangsa banjir di Kelantan turun sedikit kepada 4,695 orang setakat 8 pagi tadi berbanding 4,770 malam tadi.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi Infobanjir, 14 pusat pemindahan masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di jajahan Tumpat dan Pasir Mas.

Jumlah mangsa paling ramai ialah di Tumpat dengan 2,794 orang daripada 943 keluarga di tujuh pusat pemindahan, manakala Pasir Mas menempatkan 1,901 mangsa daripada 639 keluarga di tujuh pusat pemindahan.

Menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang kini di bawah paras bahaya 9.0 meter dengan trend penurunan iaitu 8.87 meter berbanding 9.15 meter malam tadi.

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pula turun kepada 12.53 meter berbanding 12.83 meter malam tadi tetapi masih di bawah paras bahaya 16 meter, manakala paras air sungai utama yang lain telah kembali ke paras normal.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel