Jangan salahkan pejabat zakat dalam isu kemiskinan, seru Amanah

Leman menguruskan ratusan pemohon bantuan kemiskinan di Pejabat Amanah Sik baru-baru ini.

Aktif dalam misi turun padang membantu masyarakat miskin tegar di Parlimen Sik, Amanah kawasan berkenaan menyeru orang ramai supaya tidak menyalahkan sepenuhnya pejabat zakat dalam isu membasmi kemiskinan.

Leman menguruskan ratusan pemohon bantuan kemiskinan di Pejabat Amanah Sik baru-baru ini. ]

Aktif dalam misi turun padang membantu masyarakat miskin tegar di Parlimen Sik, Amanah kawasan berkenaan menyeru orang ramai supaya tidak menyalahkan sepenuhnya pejabat zakat dalam isu membasmi kemiskinan.

Ketuanya, Sulaiman Ibrahim berkata, pejabat zakat bukanlah satu badan di bawah pengaruh mana-mana parti politik termasuk Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Sebaliknya, beliau yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawan itu menegaskan pejabat zakat mempunyai kuasa penuh dalam menguruskan kewangan yang disalurkan terus dari pembayar zakat.

"Amanah Kawasan Sik memuji pengurusan Pejabat Zakat Cawangan Sik yang bertindak cekap dan pantas dalam menguruskan hal ehwal rakyat miskin dan golongan yang kurang berkemampuan.

"Selama setahun lebih Amanah Sik ditubuhkan disini, pejabat zakat di Sik dan Amanah Kawasan Sik bekerjasama dengan baik bagi memastikan semua pihak yang tidak berkemampuan dibantu," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya pejabat zakat gagal menangani kemiskinan, beliau berkata, tanggapan tersebut tidak benar kerana kepincangan urus tadbir yang baik adalah punca sebenar kemiskinan rakyat.

"Punca kemiskinan bukan masalah dari pihak zakat tetapi berpunca dari pemerintahan yang korup, tidak amanah, menyeleweng wang rakyat dan mengurustadbir ekonomi negara dengan tidak teratur.

"0.002% punca kemiskinan juga adalah berpunca dari faktor masyarakat itu sendiri kerana terlibat dalam gejala negatif terutamanya suami sebagai ketua keluarga itu terlibat dalam pengambilan dadah," jelasnya.

Sehubungan itu, Leman mendesak kerajaan yang memerintah supaya bertindak memperbaiki ekonomi masyarakat bawahan dengan meningkatkan hasil pendapatan mereka melalui pertanian dan perindustrian rakyat melalui mekanisme yang tersusun.

"Amanah Kawasan Sik juga memuji Pejabat Zakat Cawangan Sik yang bertindak pantas dan cekap dalam menguruskan wang zakat yang disalurkan cuma harus mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

"Pejabat Zakat Cawangan Sik juga sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada Amanah Sik seandainya ada aduan aduan yang melibatkan rakyat miskin di sini," tambahnya lagi.

Dalam hal berkaitan, Pejabat Zakat Cawangan Sik pada Ogos tahun lalu meluluskan permohonan Bantuan Awal Institut Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM 1,500 kepada Noor Hidayah Abdullah, 20.

Kisah kemiskinan beliau yang ketika itu bakal penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp.

Pengurus Pejabat Zakat Cawangan Sik, Mohd Khairul Nizam Abd Aziz dilapor berkata, Bantuan Awal IPT yang disediakan adalah dari peringkat sijil, diploma, ijazah, ijazah sarjana muda dan ijazah kedoktoran.

Menurutnya lagi, orang ramai boleh mengakses borang permohonan dari laman web di http/www.zakatkedah.com dengan setiap permohonan yang cukup syarat akan menerima bantuan.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel