• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Ribuan sambut kehadiran Anwar di mahkamah Pulau Pinang

Anwar memberikan senyuman kepada penyokongnnya ketika dibawa ke mahkamah Pulau Pinang.Anwar memberikan senyuman kepada penyokongnnya ketika dibawa ke mahkamah Pulau Pinang.


Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini bukan saja disambut dengan kegerunan pihak berkuasa yang mengawal ketat setiap ceruk dan lorong yang ada, malah lebih seribu penyokong yang memenuhi setiap ruang Mahkamah Tinggi

Ia telah memeriahkan suasana yang umpama pesta di pulau mutiara itu yang pertama kali di di datangi Anwar selepas terpenjara.

Orang ramai memenuhi perkarangan mahkamah Pulau Pinang menanti ketibaan Anwar.Orang ramai memenuhi perkarangan mahkamah Pulau Pinang menanti ketibaan Anwar.Anwar yang dikawal ketat tetap melemparkan senyuman dan melambaikan tangan kepada wartawan dan penyokong yang memenuhi setiap ruang sekitar kawasan mahkamah tersebut.

Dalam prosiding yang dihadapan Hakim Rosli Yop, Anwar telah memfailkan saman fitnah berjumlah RM70 juta terhadap NST serta tiga lagi individu yang didakwa memfitnah beliau melalui artikel yang disiarkan pada 6 Ogos 2013 dan 3 Februari 2014.

Tindakan yang diambil beliau juga adalah bagi menafikan dakwaan telah terlibat dalam pengubahan wang haram serta merasuah hakim dan pihak pendakwaan.

Ia juga didakwa menggunakan majlis peguam bagi kepentingan politik peribadinya.

Ekoran artikel yang didakwa berunsur fitnah tersebut, Anwar turut menuntut ganti rugi sebanyak RM70 juta merangkumi ganti rugi am dan teladan, kos serta juga lain-lain perkara yang akan diputuskan oleh mahkamah.

Yang menarik semasa kehadiran Anwar, ia disambut dengan laungan 'Reformasi' 'Hidup Rakyat' 'Bebas Anwar' dan 'Tangkap Najib'.

Laungan yang bergema dengan penuh semangat tersebut juga diselang seli dengan nyanyian 'terima kasih abang polis'.

Pihak polis juga terpaksa mengadakan kawalan ketat dengan meletakkan pagar bagi menyekat kemaraan ribuan penyokong Anwar yang telah memenuhi perkarangan mahkamah.

Dr Mohd Nor Manuty berucap dengan penuh semangat kepada orang ramai.Dr Mohd Nor Manuty berucap dengan penuh semangat kepada orang ramai.Ucapan bersemangat dari pimpinan Pakatan Harapan turut diadakan berhadapan mahkamah majistret yang letaknya bertentangan dengan mahkamah tinggi yang sedang membicarakan kes Anwar.

Secara jelas terbukti walaupun terpaksa datang seawal tujuh pagi, para penyokong Anwar tetap bersemangat menanti walaupun kes yang dibicarakan terpaksa disambung pada sebelah petangnya.

Dr Mohamad Nur Manuty, yang merupakan Pengerusi PKR Negeri Perak ketika berucap berkata, kehadiran ribuan penyokong membuktikan bahawa Anwar masih lagi relevan dalam politik negara.

"Keadilan undang-undang amat menjadi harapan yang begitu tinggi kepada rakyat.

"Atas kesedaran tersebutlah kita beramai-ramai sanggup menanti sehingga ke subuh bagi menuntut keadilan.

"Regim zalim Najib mesti segera kita tumbangkan, jangan beri sedikit pun ruang kepada puak yang kerja mereka menzalimi rakyat, " jelasnya sambil disambut tepukan dan sorakan gemuruh.

Turut memberikan ucapan adalah pimpinan dari beberapa buah negeri yang turut hadir dalam himpunan solidariti di perkarangan mahkamah tersebut.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: