• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

'Hilang penat lihat imam, orang kampung tersenyum'

Amanah bergotong royong bersama penduduk membersih masjidAmanah bergotong royong bersama penduduk membersih masjid

Selepas dua minggu Kelantan dilanda banjir, kini operasi pasca banjir dilancarkan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk membantu mangsa yang kembali ke rumah masing-masing untuk meneruskan kehidupan.

"Tanpa mengira warna politik, pemuda Amanah Kelantan semalam bergotong-royong dengan penduduk Kampung Bongor, Meranti mencuci masjid dan surau setelah lebih seminggu tidak dapat berfungsi," kata ketua pemuda Amanah Kelantan,Hazmi Hassan yang mengetuai operasi berkenaan.

"Hilang penat dan lelah kami apabila melihat orang kampung dan Imam Masjid Kampung Bongor Meranti tersenyum gembira kerana masjid dan surau mereka sudah siap kami bersihkan," katanya.

Menurutnya, dalam operasi itu, Pemuda Amanah Kelantan, ARIF Johor dan penduduk setempat mengambil bahagian bergotong-royong membersih masjid dan surau.

"Alhamdulillah, hari ini masjid itu siap dibersihkan dan karpetnya juga siap dipasang.

"Pemuda Amanah Kelantan juga menawarkan perkhidmatan lori mengangkut sampah tinggalan banjir secara percuma.

"Tawaran ini terbuka terutama kepada institusi masjid, surau, sekolah, tadika, Pasti dan mana-mana fasiliti awam yang terkesan akibat banjir tempoh hari.," katanya.

Beliau menawarkan bagi yang berminat untuk menjadi sukarelawan jom sertai kami "Ops Bersih Amanah Kelantan".

"Hubungi 0199877623 (Jeming) atau 0179558685 (Loyar Wan) untuk bantuan atau pendaftaran sukarelawan," kata Hazmi.

Kawasan yang akan diberi tumpuan katanya ialah Tanah Merah, Rantau Panjang, Tumpat dan Pasir Puteh.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel