• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Pakatan Harapan Sabah tandatangani perjanjian 12 terma

Pengerusi Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah berucap di awal majlis pelancaran Pakatan Harapan.Pengerusi Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah berucap di awal majlis pelancaran Pakatan Harapan.

Sebuah sejarah baharu terlakar di pentas politik negeri Sabah pada 8 Januari lalu, apabila berlangsungnya Majlis Pelancaran Pakatan Harapan Sabah di Wisma Hakka, Kota Kinabalu yang dihadiri seramai 1500 orang.

Majlis tersebut menyaksikan ucapan daripada ketiga-tiga pengerusi negeri Sabah dan presiden bagi setiap parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah berucap di awal majlis, menjelaskan relevansi pembentukan PH di Malaysia, khususnya di Sabah.

"Pakatan Harapan adalah kesinambungan daripada Pakatan Rakyat yang telah terkubur. Kita tidak mahu menghampakan harapan rakyat, apatah lagi mengkhianati kepercayaan yang diberi menjelang PRU-13 yang lepas.

"Maka, pelancaran PH Sabah ini hadir bagi menambah momentum desakan rakyat menumbangkan UMNO di Sabah. Kita teruskan perjuangan menuntut autonomi serta mengangkat semula status wilayah Sabah, selaras yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya.

Hamzah juga menyeru kepada rakyat Sabah agar memberi peluang kepada PH Sabah untuk menjadi kerajaan negeri, menggantikan Umno/BN.

"Beri peluang kepada Pakatan Harapan untuk memerintah negeri ini.

"Kita tidak berjanji kosong sahaja, kita sudah buktikan kemampuan kita, lihatlah prestasi pentadbiran yang cemerlang di Pulau Pinang dan Selangor," katanya.

Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong, dalam ucapan beliau menekankan kerjasama yang utuh dalam PH Sabah.

"Melalui kerjasama yang utuh, kita mampu fokus memberi penerangan seefektif mungkin kepada rakyat. Kita bina polisi-polisi dan dasar baru yang bermanfaat buat rakyat Sabah, kemudian kita pastikan agenda-agenda ini sampai kepada mereka".

Stephen berkata lagi, politik perkauman dan kronisme yang diamalkan Umno BN juga perlu kita hapuskan.

"Kita juga perlu bersatu padu membasmi sikap perkauman supaya rakyat terbuka mata terhadap sikap sebenar pemerintah dan masalah yang melanda negara.

"Masalah ketirisan wang negara dan kadar kemiskinan yang kronik di Sabah khususnya,"katanya.

Seterusnya, YB Christina Liew, Pengerusi PKR Sabah, yang berucap panjang ketika itu, menghuraikan secara teliti tentang pencapaian PKR di Sabah.

Beliau juga menghuraikan terperinci agenda memperjuangkan perjanjian yang termaktub dalam Batu Sumpah dan MA63.

Pemimpin Pakatan Harapan dan tetamu majlis pelancaran PH SabahPemimpin Pakatan Harapan dan tetamu majlis pelancaran PH Sabah

Tambahnya lagi, rakyat juga perlu tahu dan mengiktiraf usaha murni parti nasional seperti DAP dan PKR. Siapa sebenarnya yang menurunkan status wilayah Sabah kepada status negeri, dan siapa pula yang berjuang mempertahankan status wilayah Sabah itu.

Manakala Haji Mohammad Sabu (Presiden Amanah), YB Lim Kiat Siang (Presiden DAP) dan DS Wan Azizah Wan Ismail (Presiden KeADILan), masing-masing berucap ringkas di dalam majlis tersebut.

Haji Mohammad Sabu dalam ucapannya mengingatkan semua agar fokus pada tajuk utama dasar politik yang kita mahu bawakan.

"Polisi 'integrity and good governance' adalah tajuk utama kita.

Kita nyahkan tohmahan 'Sabah deposit kekal BN' dan kita bersihkan minda rakyat daripada sentimen perkauman", katanya.

Lim Kit Siang pula memperingatkan kepada hadirin berulang-ulang kali, 'Selamatkan Sabah, selamatkan Malaysia, dan juga sebaliknya.

"Sabah menjadi negeri paling kleptokrat di dalam negara yang kleptokrat. PRU-14 adalah pertarungan antara demokrasi dan kleptokrasi. katanya.

Selain itu, beliau juga menyeru kaum wanita agar memberdaya usaha mengajak ramai lagi wanita menyertai dan berpartisipasi di dalam PH, sekurang-kurangnya pada kadar 30%.

Seterusnya, Wan Azizah menyuntik semula semangat warga Sabah yang hadir ketika itu.

Beliau mengulang beberapa agenda PH khusus untuk Sabah, yang telah dimeterai sebelum ini.

"Kita telah menuntut dan membawa beberapa polisi seperti menambah kadar royalti minyak daripada 5% kepada 20%.

Selain itu, pemansuhan sistem kabotaj, memperketatkan keselamatan sempadan negeri, mengembalikan hak orang asli dan alam sekitar, dan lain-lain lagi.

"Biar kita ingatkan supaya rakyat tahu dan percaya usaha perjuangan kita", tegas beliau.

Majlis tersebut berakhir sekitar pukul 3.00 petang, selepas selesai acara kemuncak iaitu menandatangani 12 terma perjanjian Pakatan Harapan Sabah.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel