• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Amanah Kelantan bersyukur terima bantuan banjir dari negeri lain

Delegasi Kedah menyerahkan sumbangan kepada pengarah operasi banjir Amanah, Che Ibrahim MohamedDelegasi Kedah menyerahkan sumbangan kepada pengarah operasi banjir Amanah, Che Ibrahim Mohamed

Walaupun banjir telah surut, bantuan dari luar Kelantan terus datang bagi meringankan beban mangsa banjir dalam meneruskan kehidupan seharian.

Amanah kawasan Jerai telah mengadakan kutipan sumbangan daripada orang ramai bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.

Penyelaras program, Ridzwan Arshad Ahmad berkata, kutipan sumbangan berkenaan dijalankan di Pekan Sehari Guar Chempedak bermula 8 pagi hingga 12 tengahari.

“Petugas kami telah membuka kaunter kutipan bagi memberi peluang kepada orang ramai menghulur sumbangan sebagai tanda simpati kepada mangsa banjir di Kelantan.

“Program ini juga menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab sosial Amanah Jerai kepada mangsa banjir di Kelantan “ katanya semasa mengadakan program kutipan berkenaan.

Firdaus Jaafar sedang berkempen kepada orang ramai untuk mendermaFirdaus Jaafar sedang berkempen kepada orang ramai untuk menderma

Ridzwan berkata, Ahli Jawatankuasa Amanah Kedah Firdaus Jaafar yang juga mantan Ahli Parlimen Jerai telah telah mengetuai kempen kepada orang ramai supaya menderma kepada mangsa banjir di Kelantan.

“Kami mendapat kerjasama Amanah Kedah yang turut turun padang menjayakan program ini.

“Sebanyak RM1550 telah berjaya dikutip daripada orang ramai dalam masa empat jam kami berkempen,“ katanya.

Menurutnya, sumbangan berkenaan akan diserahkan kepada Pusat Operasi Banjir Amanah Kelantan untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

Rombongan Johor turut turun bersama membantu mangsa banjir KelantanRombongan Johor turut turun bersama membantu mangsa banjir Kelantan

Turut menghantar bantuan adalah delegasi dari Johor, Selangor dan Pulau Pinang.

Kawasan yang diberi tumpuan adalah Tanah Merah, Rantau Panjang dan Tumpat.

Selain menyampaikan makanan dan keperluan asas, sukarelawan Amanah turut membantu mangsa banjir membersihkan rumah dan persekitaran kampung.

Tim Amanah Selangor turut menghantar bantuanTim Amanah Selangor turut menghantar bantuan

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel