Muhyiddin nafi tak iktiraf UEC

Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Muhyiddin Yassin menafikan parti itu mengeluarkan amaran bahawa kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan tidak akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Dalam satu kenyataan semalam, pejabatnya berkata Muhyiddin hanya berkata pengiktirafan UEC bergantung kepada dasar pendidikan Malaysia, yang memerlukan kurikulum yang sama dan sistem peperiksaan yang akan digunakan secara menyeluruh.

"Sambil berkata pengiktirafan UEC perlu diteliti berdasarkan konteks dasar-dasar pendidikan kini dan akan datang, Muhyiddin berkata 'kita tidak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hasrat negara.'

"Secara umum, Muhyiddin hanya menyatakan fakta bagaimana boleh UEC diiktiraf.

"Tajuk ‘Pakatan won’t recognise UEC, Muhyiddin warns’ seperti dilapor The Star dan ‘Pakatan may not recognise UEC’ oleh The Malay Mail adalah benar-benar mengelirukan, nakal dan tidak berasas.

"Ini kerana Muhyiddin tidak mengeluarkan sebarang amaran atau berkata apa-apa yang bermaksud sedemikian dalam satu temu bual beliau dengan Sin Chew Jit Poh.

"Laporan yang salah seperti itu tidak akan memberi petanda baik kepada kesatuan negara dan perpaduan," kata pejabatnya.

Kumpulan pendidik Cina sebelum ini mempertahankan sukatan pelajaran UEC, yang menjadi mangsa fitnah.

“Sesiapa sahaja yang mendakwa sukatan pelajaran UEC kami bertentangan dengan sistem kebangsaan sudah menyebarkan pembohongan.

“Sukatan pelajaran peperiksaan kami mencerminkan semangat kepelbagaian budaya di Malaysia dan sejajar dengan taraf antarabangsa,” kata Dong Jiao Zong dalam satu kenyataan semalam.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel