Anugerah Integrasi Usman Awang 2017 fokus perpaduan kaum

 

Borang pencalonan dan maklumat lanjut berkaitan anugerah ini boleh didapati dengan menghubungi YUA (03-21413476) atau Huazong (03-89390100) atau melayari http://yayasanusmanawang.my/web/Borang pencalonan dan maklumat lanjut berkaitan anugerah ini boleh didapati dengan menghubungi YUA (03-21413476) atau Huazong (03-89390100) atau melayari http://yayasanusmanawang.my/web/

Yayasan Usman Awang (YUA) masih membuka pencalonan untuk Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) 2017 sehingga 31 Januari ini.

Anugerah ini terbuka kepada kepada semua individu, organisasi atau badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi sumbangan berterusan serta meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat.

Pencalonannya dibuka sejak November tahun lalu.

Tahun ini merupakan tahun kedua AINUA yang merupakan usaha sama antara Yayasan Usman Awang dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) diadakan selepas kali pertama penganjurannya pada 2014.

AINUA bertujuan memberi sanjungan dan penghargaan kepada individu atau organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menyumbangkan jasa dalam perpaduan dan integrasi nasional.

Anugerah itu juga bagi menggalakkan lebih ramai individu dan NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Jabatan Pertubuhan Syarikat (ROC) menyumbang jasa bagi memperkasa perpaduan dan integrasi nasional.

Selain itu, ia juga bertujuan memupuk semangat perpaduan dan integrasi rakyat Malaysia.

Pada tahun ini, wang tunai RM10,000 dan geran bernilai RM15,000 untuk projek perpaduan disedikan untuk para penerima anugerah yang akan diumumkan dalam satu majlis pada bulan Mac.

Borang pencalonan dan maklumat lanjut berkaitan anugerah ini boleh didapati dengan menghubungi YUA (03-21413476) atau Huazong (03-89390100) atau melayari http://yayasanusmanawang.my/web/.

Pada AINUA 2014, anugerah terbahagi kepada tiga kategori iaitu Anugerah Salam Benua, Anugerah Merpati Putih dan Anugerah Khas.

Anugerah Salam Benua dimenangi penulis buku, Anas Zubedy; Majlis Kebangsaan Sedia Bersahabat Malaysia (National Council of Befrienders Malaysia); dan Datuk Dr. Lam Peng Chong @ Lam Phar.

Mereka membawa pulang trofi, sijil penghargaan dan wang berjumlah RM30,000.

Anugerah Merpati Putih pula dimenangi Subramaniam Karupayah; Lumat Dadi; Lim Thein Phin; Tan Sri Datuk Seri Yahaya Ibrahim; dan Pergerakan Pemuda Malaysia.

Masing-masing menerima sijil penghargaan dan wang RM10,000 manakala penerima Anugerah Khas ialah Jamaluddin Mat Ali dan Gan Leong Piow.

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: