Amanah Kedah hantar bantuan mangsa banjir di Kelantan

Dato Dr Ismail Salleh melakukan pelepasan di Simpang Tiga Jerai, Kupang, Baling, Kedah.

Parti Amanah Negara Kedah merealisasikan hasrat mereka untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dengan meneruskan misi bantuan tersebut.

Selain bantuan yang berupakan keperluan makanan dan minuman, peralatan mencuci rumah, kediaman dan juga tempat awam turut dibawa bersama dalam misi kali ini.

Datuk Ismail SallehDemikian dinyatakan oleh Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh setelah melepaskan misi bantuan yang terdiri dari empat buah pacuan empat roda yang bergerak dari Simpang Tiga Jerai, Baling ke Kelantan.

"Berbekalkan hasrat yang tinggi serta sifat peduli rakyat, Amanah Negeri Kedah meneruskan misi bantuan banjir ke Kelantan dengan pelbagai keperluan yang telah disediakan.

"Kesemua barangan keperluan tersebut merupakan sumbangan yang telah dikumpulkan melalui 15 kawasan Amanah seluruh negeri Kedah.

"Misi bantuan ini turut membawa peralatan bagi membersihkan kediaman maupun tempat awam yang telah ditenggelami air baru-baru ini, " jelasnya lagi.

Beliau juga berkata, Amanah Kedah akan tetap mengambil tindakan segera bagi membantu mereka yang ditimpa musibah dan bencana.

"Kepedulian Amanah terhadap bencana yang menimpa mangsa banjir di Kelantan akan tetap diteruskan melalui pelbagai bentuk dan bantuan.

"Secara jelas ia membuktikan Amanah mampu untuk membela nasib rakyat dan senantiasa prihatin terhadap musibah yang menimpa.

"Misi bantuan ini akan diketuai oleh Pengerusi Biro Kebajikan Amanah Kedah, Abd Razak Salleh, " tegasnya lagi.

Sehubungan itu ujarnya, sumbangan masih lagi boleh disalurkan melalui akaun Maybank atas nama Parti Amanah Negeri Kedah.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel