• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Bolehkah Pas kekalkan Kelantan dalam PRU14?

Bolehkan Pas mempertahankan Kelantan dalam PRU 14 nanti kini menjadi sorotan.Bolehkan Pas mempertahankan Kelantan dalam PRU 14 nanti kini menjadi sorotan.Bolehkah Pas pertahankan kerajaan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang atau ia sedia untuk jatuh ke tangan Umno atau kerajaan baru akan dibentuk oleh Pakatan Harapan dan Bersatu?

Inilah persoalan yang selalu ditanya oleh pelbagai pihak dan juga dihurai secara kritis oleh pengarah pendidikan politik DAP, Liew Chin Tong dalam satu tulisannya.

Bagi ahli parlimen Kluang yang pernah membuat tesis tentang Pas dari tahun 2002 - 2004 itu, Pas boleh kehilangan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang melalui beberapa senario.

"Dengan andaian bahawa Amanah boleh memberikan cabaran yang kental kepada Pas di 10 dari 33 kerusi DUN yang dimenanginya sekarang manakala Bersatu pula boleh berbuat demikian di 5 dari 12 kerusi yang dimenangi Umno, Pas dan dan Umno tidak akan mampu untuk bertanding antara satu sama lain di Kelantan.

"Juga jika diandaikan Amanah, Bersatu dan PKR tidak bertanding antara satu sama lain dan bergabung - melawan Pas atau Umno atau kedua-duanya dalam pertandingan tiga penjuru - pihak yang paling teruk kalah bukannya Pakatan Harapan dan Bersatu.

Liew Chin TongLiew Chin Tong"Jika Pas dan Umno tidak boleh mencapai kata sepakat untuk membentuk gabungan pilihan raya dan membuat keputusan bertanding antara satu sama lain - manakala Pakatan dan Bersatu membentuk kesatuan dan meletakkan hanya satu calon di setiap kerusi - tidak ada sesiapa pun boleh pasti hasilnya terutama di kerusi yang marginal.

"Jika Pas dan Umno hilang 10% undi mereka - kerana kaitan mereka dengan Najib - dan mereka bertembung dalam pertandingan tiga penjuru, Pas akan kehilangan Kelantan manakala Umno boleh mengucapkan selamat tinggal kepada impiannya untuk mengambil alih negeri itu," kata Chin Tong.

Ikuti tulisan penuh Chin Tong di sini.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel