Nunji'17 lancar buku, risalah berkaitan Maqasid Syariah

Majlis pelancaran buku dan risalah berkaitan Maqasid Syariah disempurnakan oleh penaung Nunji Ustaz Ahmad Awang sambil disaksikan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Pengerusi Nunji Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI'17) hari ini melancarkan sebuah buku dan tiga risalah sebagai rujukan masyarakat Islam berkaitan Maqasid Syariah bermodelkan Malaysia.

Ustaz Ahmad Awang menyempurnakan majlis perasmian Nunji'17 di Shah Alam hari ini

Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI'17) hari ini melancarkan sebuah buku dan tiga risalah sebagai rujukan masyarakat Islam berkaitan Maqasid Syariah bermodelkan Malaysia.

Buku berjudul Islam dan Kenegaraan -Satu Pembaharuan Dalam Konteks Fiqh Malaysia dan tiga buah risalah bertajuk Islam dan Demokrasi, Fiqh Muwothonah dan Pelaksanaan Hudud yang diterbitkan oleh Panel Penyelidik Nunji ini, dijual dengan harga RM50 satu set.

Majlis pelancaran buku dan risalah ini disempurnakan oleh Penaung Nunji Ustaz Ahmad Awang sambil disaksikan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Pengerusi Nunji Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Program yang diadakan di Auditorium Kompleks Belia Selangor, Seksyen 7 Shah Alam ini dihadiri sekitar 870 peserta terdiri daripada ahli Amanah, pemimpin politik dan pelajar universiti.

Nunji'17 dihadiri ahli dan pimpinan Amanah, NGO, dan pelajar universiti

Nunji'17 yang bertemakan Maqasid Syariah Teras Negara Bangsa disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Awang yang juga Penasihat Umum Amanah.

Ustaz Ahmad AwangBeliau dalam ucapan perasmiannya berkata, Amanah sebagai pelopor ke arah menginstitusikan idea syariat menerusi Nunji bukan sahaja untuk kefahaman ahlinya bahkan masyarakat Malaysia umumnya dalam konteks gerakan Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin.

"Saya ingin ucapkan syabas kepada jawatankuasa pelaksanaan Nunji'17 yang bekerja keras menjayakan persidangan sehari ini.

"kita mempunyai keyakinan Nunji'17 akan dapat memberikan kekuatan dalam pembinaan pemikiran dan kefahaman tentang disiplin mengenai maqasid Syariah.

"Insyaallah akan dapat diperkasakan dalam rangka memahami politik kenegaraan yang bersifat kontemperori dalam konteks Malaysia dan berjaya membantu pembentukan fiqh siasi manhaj Malaysia," ujarnya.

Manakala ucaptama disampaikan oleh Mujahid yang juga Naib Presiden Amanah.Dr Mujahid Yusof Rawa

Beliau dalam ucapannya berkata, Maqasid Syariah adalah proses pemikiran dan terjemahan dalam realiti politik semasa hari ini.

"Apa yang diterjemahkan di Malaysia daripada pemikiran maqasid mungkin tidak sama dengan apa yang diterjemahkan di negara lain.

"Kita juga berhasrat besar dalam resolusi 2015 perkenalkan satu istilah yang mula didengari didengari di Malaysia khususnya ahli Amanah, Fiqh Siasi Manhaj Malaysia.

Beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar turut berkata, cita-cita besar Nunji adalah memformulasikan fiqh siasah manhaj Malaysia untuk menjadi sebagai rujukan besar kepada keperluan setia negara dalam menentukan kefahaman kepada cita-cita mencapai politik Islam.

"Model asas Fiqh tempatan berformulasi fiqh siasah mahhaj Malaysia ini diharapkan dapat mencetuskan rujukan besar kepada keperluan setiap negara yang mempunyai ciri-ciri sendiri dalam menentukan kefahamannya kepada cita-cita politik Islam.

"Sudah tiba masanya model Malaysia dengan usaha Nunji ini akan dijadikan rujukan tidak lagi mengambil secara totok referansi negara Arab untuk perjuangkan politik Islam di tanah air sendiri.

"Bukan mudah untuk buat rumusan mengenai kenegaraan, demokrasi, pembangunan, dasar kerajaan bersendikan kepada maqasid dan prinsip syariah ini," ujarnya.

Nunji'17 yang merupakan kali kedua diadakan selepas penganjuran kali pertama pada 2015 menampilkan beberapa pembentang kertas kerja dalam persidangan sehari ini.

Antara pembentang kertas kerja ialah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dengan tajuk Kerangka Awal Fiqh Siasi Manhaj Malaysia; Kertas Kerja 2 oleh Ustaz Wanji Wan Husin dengan tajuk Memahami Disiplin Maqasid; Kertas 3 oleh Datuk Prof Dr Siddiq Fadzil dengan tajuk Siasah Syariyyah Dalam Pembentukan Negara Bangsa.

Turut dijemput pembentang kertas kerja ke-4 dari luar negara iaitu Dr Jasser Auda dengan tajuk Negara Madani dan Referensi dalam Prinsip Islam dan Maqasid Syariah.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel