• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Tingggalkan Pakatan Harapan, sertai blok ketiga

Mohd Amar Nik AbdullahMohd Amar Nik AbdullahNaib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda sekiranya PKR dan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan dan menyertai blok ketiga.

Menurut beliau, jika kerjasama itu menjadi kenyataan, peluang bagi menumbangkan BN dalam PRU14 juga akan lebih terbuka.

“Jika dua parti itu bersama dalam blok ketiga (Gagasan Sejahtera) yang diterokai Pas ketika ini kekuatan pembangkang akan meningkat berkali ganda berbanding Pakatan Harapan.

“Saya lebih suka mana-mana pembangkang kecuali DAP dan Amanah untuk lebih serius jalin kerjasama dalam Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai Ikatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti kecil lain,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Ditanya mengenai kerjasama Pas dan Bersatu selepas pertemuan antara pemimpin kedua-dua parti itu Rabu lalu, Mohd Amar berkata, setakat ini belum ada keputusan dibuat mengenai permuafakatan antara kedua parti itu.

“Kita belum ada keputusan rasmi, pertemuan sebelum ini lebih kepada berbincang bagi memberikan pandangan dan cadangan, jadi keputusan sama ada ada kerjasama atau tidak ia akan dinilai oleh Pas Pusat kemudian diangkat oleh Majlis Syura.

“Memang semua orang akan suka jika ada kerjasama, tetapi kita ada penilaian sendiri, tidak boleh ikut orang sebab kalau ikut ada yang suruh Pas masuk Pakatan Harapan dan berbaik dengan DAP, tetapi kita ada pendirian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar yakin Kerajaan Kelantan mampu dipertahankan sekaligus meneruskan penguasaan parti itu dalam PRU14.

“Kita yakin dapat pertahankan Kelantan, rasa keyakinan kita lebih tinggi dari kebimbangan, walaupun Amanah nampak agresif,” katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel