Henti kata-kata kesat kepada Pas

Nunji'17

Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru seluruh ahli dan penyokongnya menghentikan sebarang bentuk penghinaan atau kata-kata kesat terhadap lawan politik mereka termasuk Pas.

Nunji'17 berlangsung sehari di Shah Alam hari ini

Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru seluruh ahli dan penyokongnya menghentikan sebarang bentuk penghinaan atau kata-kata kesat terhadap lawan politik mereka termasuk Pas.

Arahan itu dinyatakan setiausaha agungnya Mohd Anuar Tahir pada program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI) 2017 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam hari ini.

"Maka saya mengarahkan hari ini kepada semua ahli dan penyokong Amanah agar menghentikan segala kata-kata kesat terhadap parti lawan kita termasuk Pas. Ini arahan rasmi daripada parti.

"Jika anda berada dalam grup Whatsapp yang menggunakan kata-kata menghina dan kesat, keluar segera dari grup itu," katanya.

Terdahulu beliau menjadi moderator bagi slot pembentangan kertas kerja ketiga bertajuk "Negara Madani dan Referensi kepada Prinsip Islam dan Maqasid Syariah" yang disampaikan oleh Prof Dr Jasser Audah dari Kanada.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel