Akhbar Israel sifatkan Najib "mesra" Israel dan Yahudi

Najib dalam Israel Times

 

Akhbar Israel, The Times Of Israel hari ini memuji Datuk Seri Najib Razak kerana bercakap positif tentang agama Yahudi dan mengiktiraf negara itu sebagai "teman bicara sah" semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Najib dalam Israel TimesSebuah akhbar Israel, The Times Of Israel hari ini memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dikatakan bercakap positif tentang agama Yahudi dan mengiktiraf negara itu sebagai "teman bicara sah" semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menurut akhbar tersebut, sebelum ini pemimpin terdahulu dari Najib mengambil sikap tidak mesra terhadap negara Israel dan Yahudi.

"Walaupun Najib melemparkan kritikan, agak ketara pemimpin Malaysia itu bercakap positif mengenai agama Yahudi dan mengiktiraf Israel sebagai 'teman bicara sah'.

Najib jumpa PM Israel semasa sidang PBB di New York."Malaysia secara formalnya merupakan negara Islam dan beberapa pendahulu Najib tidak mesra kepada Israel dan Yahudi," tulis akhbar itu dalam artikel bertajuk "Malaysian PM calls for ‘new dawn’ in Muslim-Jewish relations".

Bekas perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad di antara pemimpin Malaysia yang sebelum ini lantang mengkritik Israel kerana penjajahannya terhadap negara Palestin.

Dr Mahathir juga digambarkan media barat sebagai seorang yang "anti Yahudi" kerana kelantangannya membela rakyat Palestin.

Jumaat lalu, lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik pembangkang membuat demonstrasi di depan kedutaan Amerika dan Masjid Jamek bagi membantah tindakan ganas Israel ke atas penduduk Palestin.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel