NGO Turki tarik diri tidak setuju flotila di 'rampas'

 

Logo NGO dari Turki yang sepantutnya menjadi penganjur utama dipadamkan dai baner besar 'Food Flotila for Myanmar'.Logo NGO dari Turki yang sepantutnya menjadi penganjur utama dipadamkan dai baner besar 'Food Flotila for Myanmar'.


Persoalan yang menjadi teka teki kepada peserta yang berada di atas kapal "Food flotilla for Myanmar" kenapa nama sebuah NGO dipadamkan dari banner besar di kapal itu akhirnya terjawab.

Ia adalah logo NGO dari Turki, Turkiye Diyanet Vakfi yang menarik diri dari misi ini kerana tidak berpuashati dengan tindakan Umno yang 'merampas' program ini.

Sehubungan dengan itu, NGO yang sepatutnya menjadi penganjur utama projek ini kini menuntut balik wang sebanyak hampir USD500,000 (kira-kira RM2.2 juta) yang mereka sumbangkan.

Menurut sumber dari atas kapal, semua NGO dan peserta yang ada di atas kapal ini hairan kenapa tiba-tiba sebuah logo NGO yang menjadi penganjur utama  misi ini tiba-tiba dipadamkan gambar mereka.

"Selepas siasat punya siasat rupanya mereka tarik diri kerana tidak puashati dan tuntut balik wang mereka," kata salah seorang peserta yang ada di atas kapal ini.

Nautical Aliya yang disewa oleh mereka mempunyai 185 peserta yang mewakili 30 juta rakyat Malaysia dan 13 buah negara peserta.

Pada awalnya kapal ini hanya akan disertai oleh NGO namun kemudiannya disertai oleh kerajaan dan akhirnya dirasmikan perlepasannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel