Bila pula Najib hendak lawat Israel, tanya bekas pemimpin Umno

Najib jumpa PM IsraelTindakan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertemu dengan perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu semasa sidang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini menimbulkan persoalan apakah Malaysia sudah mengiktiraf negara Yahudi itu.

Najib jumpa PM IsraelTindakan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertemu dengan perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu semasa sidang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini menimbulkan persoalan apakah Malaysia sudah mengiktiraf negara Yahudi itu.

Bekas pemimpin Umno, Tamrin Ghafar dalam kenyataannya kepada Dateline berkata, selepas pertemuan itu, sebaiknya Najib merancang pula lawatan ke Israel atau Netanyahu datang ke Malaysia.

"Bila agaknya Najib hendak buat lawatan rasmi ke Israel dan bila pula PM Israel nak datang Malaysia. Kan Malaysia ni moderate," sindir anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu.

Lagipun, kata Tamrin yang sebelum ini mengisytiharkan keluar dari PAS selepas menyertai parti Islam itu kira-kira dua tahun, sebelum ini Najib pernah melantik syarikat Yahudi, Apco, selaku penasihat komunikasi kerajaan dengan bayaran RM77 juta setahun.

"Siapa yang baik dengan Yahudi sebenarnya, Najib ke Anwar," katanya merujuk kepada dakwaan media Umno terhadap bekas ketua pembangkang yang kini dalam penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib mendapat pujian dari pemimpin dan media Israel hari ini selepas beliau bertemu dengan Natanyahu.

The Times Of Israel memuji Najib kerana dikatakan bercakap positif tentang agama Yahudi dan mengiktiraf negara itu sebagai "teman bicara sah" semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pujian ini diterima Najib ketika umat Islam di Palestin sedang dibunuh dengan kejam oleh Israel.

Jumaat lalu, beribu-ribu umat Islam dari parti politik pembangkang dan NGO berhimpun di perkarangan kedutaan Amerika dan Masjid Jamek bagi membantah kekejaman negara zionis itu.

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel