Pemuda Amanah mahu GLC Kelantan jana peluang kerja

Hazmi Hasan paling kanan turut bermesra dengan anak anak muda di Rantau Panjang malam tadiHazmi Hasan paling kanan turut bermesra dengan anak anak muda di Rantau Panjang malam tadi

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menyarankan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri (GLC) menumpukan usaha meneroka bidang-bidang baru yang mampu memberi peluang kerja kepada golongan muda.

"Jika kita dipilih rakyat perkara ini akan menjadi keutamaan bagi memberi keselesaan kepada anak-nak mula menjalani kehidupan bersama keluarga," kata ketuanya Hazmi Hasan di majlis TemuMato Anok Beranok bersama Pemuda Amanah Kelantan di Rantau Panjang malam tadi.

Menurut Hazmi sikap pemuda Pas yang kini sibuk ke sana ke mari dengan program pertahan kuasa mereka perlu dinilai rakyat.

"Nak pertahan apa kalu usaha membela rakyat jelas dipinggirkan tapi projek untuk golongan kaya terus diberi tanpa menghirau keburukan.

"Kemusnahan hutan, pencemaran sungai, kesukaran peniaga kecil, penindasan terhadap orang asli kini realiti sedih yang sedang menimpa rakyat sedang mereka asyik dengan agenda pertahan kuasa," katanya.

Majlis yang diberi tema "Pemuda Amanah Kelantan Tekad Bela Rakyat" itu dihadiri sekitar 100 orang anak miuda sekitar parlimen Rantau Panjang.

Hazmi yang ditemui selepas majlis itu berkata program itu bagi beliau mendengar sendiri masalah dan permintaan anak muda peringkat akar umbi.

"Antara permintaan anak muda adalah perbanyakkan peluang pekerjaan.

"Kita bersyukur kerana program kali ketiga di Rantau Panjang selepas Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian ini cukup berjaya di mana lebih 50 anak muda mengisi borang untuk menyertai parti Amanah," katanya.

Program seperti itu katanya akan doadakan di semua kawasan parlimen seluruh Kelantan yang dijadualkan sepanjang bulan Mac.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel