MP ucap tahniah kepada Chong Wei juarai Kejohanan All England

Datuk Lee Chong WeiDatuk Lee Chong Wei

Kebanyakan anggota Parlimen hari ini mengambil peluang mengucapkan tahniah atas kejayaan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei pada Kejohanan Badminton All England buat kali keempat malam tadi.

Mereka termasuk daripada pembangkang turut mengharapkan jaguh badminton negara itu memecahkan rekod kemenangan kali kelima pada tahun hadapan.

Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) antara anggota Parlimen terawal mengucapkan tahniah kepada Chong Wei.

Chong Wei sebelum ini memenangi Kejuaraan All England pada 2011, 2012 dan 2014.

Turut mengambil peluang mengucapkan tahniah ialah Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Bagi saya, pihak orang Jeli, Kelantan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah atas kecemerlangan Datuk Lee Chong Wei di Kejohanan All England, tahniah kita ucapkan," kata beliau yng juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Lim Guang Eng (DAP-Bagan) turut berbangga dengan kejayaan Chong Wei menjadi pemain paling banyak menjuarai kejohanan All England dalam sejarah.

Pada pusingan akhir kejohanan itu, Chong Wei tidak berdepan masalah untuk menundukkan pemain muda dari China, Shi Yuqi dengan 21-12, 21-10 dalam masa 45 minit.

Bagaimanapun pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas kepada pemain dari China Lu Khai-Huang Yaqiong dengan 21-18, 19-21 dan 16-21 dalam pertarungan sejam 26 minit.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: