• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

MB Selangor sedia beri kerjasama kepada SPRM

Azmin AliAzmin Ali

Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan penglibatan 13 penguatkuasa pelbagai agensi  yang didakwa melindungi pusat urut haram di dua lokasi di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti dilapor Selangorkini berkata, pendirian tegas itu dibuat sebagai mendukung komitmen pentadbiran negeri mengekang budaya rasuah di Selangor.

“Kita serahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk jalankan siasatan dan kerajaan negeri bersedia untuk memberi kerjasama.

“Komitmen ini bagi memastikan amalan dan budaya rasuah ini diperangi di semua peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Tiga belas anggota penguat kuasa termasuk dua inspektor polis itu direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Shakirah Mohtaruddin terhadap dua Inspektor yang juga ketua balai polis, enam anggota polis, empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel