• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Amanah akan adu KPN isu Malaysia jual senjata Korea Utara

 

Salahuddin AyubSalahuddin Ayub

Parti Amanah Negara (Amanah) akan menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara hari ini berhubung dakwaan terdapat syarikat dan individu yang menjual senjata dari Korea Utara di negara ini.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayubakan mengetuai serahan tersebut di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 11.30 pagi ini.

Sebelum ini beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya memberikan penjelasan tentang keterlibatan penjualan senjata dari Korea Utara oleh Global Communications Company (Golcom) yang kemudiannya menukar identiti kepada International Golden Services (IGS).

"Di bawah dagu dan hidung pentadbiran Perdana Menteri mana mungkin Najib boleh menafikan bahawa Malaysia telah menjadi destinasi penjualan senjata haram oleh negara Korea Utara yang bertentangan dengan United Nation Arms Embargo. Ini sudah membawa masalah dan reputasi Malaysia di mata badan dunia tersebut," katanya dalam kenyataan sebelum ini.

Menurut beliau, apabila berlaku krisis Kuala Lumpur-Pyongyang ketika ini akibat pembunuhan politik abang tiri Presiden Korea Utara, ada pihak termasuk Reuters telah dapat menimbulkan beberapa penemuan menarik yang semacam tersembunyi daripada pengetahuan umum sebelum ini seperti kemudahan Imigresen tanpa visa oleh rakyat Korea Utara ke negara ini.

Beliau mendakwa, terdapat syarikat yang beroperasi menjual senjata buatan Korea Utara yang juga dimiliki oleh orang kuat sebuah parti politik di negara ini dan dikatakan Korea Utara dapat mewujudkan pusat penjualan senjata mereka di sebuah bangunan di Little India, Kuala Lumpur.

"Dalam erti kata lain, kita sendiri yang membuka ruang untuk orang memasang jebak atau perangkap yang hari ini rakyat dan pegawai kita di Pyongyang yang menjadi taruhan. Rakyat pula diminta bersembahyang hajat untuk menutup segalanya?" soalnya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel