• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Debat Tun M-Nazri: Tidak guna berdebat jika Nazri tidak wakili BN

Tony Pua Tony Pua Tiada relevan untuk Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berdebat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas kapasiti peribadi.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Nazri merupakan menteri senior dalam kerajaan sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN) yang dijangkakan akan tampil dengan mengemukakan fakta untuk berbahas dengan Dr Mahathir.

“Mana boleh (perbahasan atas kapasiti peribadi), jadi bahas itu untuk apa? Kalau perbahasan beliau hanya peribadi dan tidak tunjuk fakta-fakta kerajaan apa gunanya? Hanya tuduhan-tuduhan liar, berikan fakta palsu… Tak boleh.

“Dan dia (Nazri) adalah menteri senior, dia bukan junior yang mewakili kerajaan Malaysia dan juga Umno,” ujarnya dalam kenyataan.

Semalam Ketua Penerangan Umno Annuar Musa menyifatkan debat yang bakal berlangsung di antara Dr Mahathir dan Nazri tidak dibincangkan di peringkat parti sebaliknya ia merupakan pendirian peribadi pemimpin parti itu.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas baru-baru ini mengesahkan beliau bersedia berdebat mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) serta persoalan mengenai dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Tony sementara itu berharap agar Nazri mampu untuk merungkai persoalan mengenai wang berbilion ringgit masuk ke akaun Najib, kerana isu tersebut sehingga kini masih gagal dijawab sama ada di peringkat Umno mahupun kerajaan.

“Apa sahaja soalan yang dia jawab, dia jawab bagi pihak kerajaan BN jadi kita kena terima. Kalau dia jawab salah itu dia punya pasal bukan kita punya pasal.

“Jadi saya harap dia akan datang dengan bersedia dengan fakta yang kita minta fakta-fakta diluar dan jawab kenapa begitu besar kerugian dan dimana perginya berbilion-bilion ringgit yang telahpun diselewengkan,” ujarnya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel