Kuota Haji 30,200 jemaah bagi tahun ini

Kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah kepada 30,200 berbanding 27,900 orang, kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Katanya, tambahan tersebut berikutan perbincangan semasa lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini.

"Suka untuk saya nyatakan hasil lawatan tersebut...Alhamdulilah, Tabung Haji telah mendapat 30,200 kuota haji tahun ini berbanding 22,230 selama tiga tahun sebelum ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Januari lalu, kuota haji Malaysia telah dikembalikan kepada 27,900 berbanding 22,230 sejak 2013.

Abdul Azeez berkata selain manfaat tersebut, lawatan Raja Arab Saudi itu juga membawa pelbagai kebaikan selain pelaburan dalam negara.

Beliau berkata lawatan itu juga membuktikan kredibiliti kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendapat perhatian Arab Saudi di mana Malaysia dipilih sebagai negara pertama untuk dilawati dalam rangka kerja baginda ke Asia.

"Walaupun terdapat tohmahan dan fitnah sebelum ini, isu sumbangan dan sebagainya, tetapi kehadiran Raja Salman ketika itu yang difahamkan dengan 600 ahli rombongan, jelas membuktikan sebaliknya," katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: